Bayi Masih Hidup Ditemui Dalam Tong Sampah

Polis menahan seorang wanita Vietnam selepas dipercayai membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan ke dalam sebuah tong sampah di tepi j...



Polis menahan seorang wanita Vietnam selepas dipercayai membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan ke dalam sebuah tong sampah di tepi jalan di Apartmen Desa Jati dekat Nilai di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, bayi malang yang dibungkus dengan uniform sebuah kilang dan dimasukkan ke dalam beg plastik ditemui seorang wanita pada pukul 7.30 malam selepas terdengar bunyi seperti anak kucing di sebuah kedai tempat dia bekerja.

Pekerja wanita itu pada mulanya menyangka bunyi anak kucing tetapi apabila dia menghampiri bunyi itu dia terkejut menjumpai bayi lelaki di dalam sebuah tong sampah di tepi jalan di taman itu.



Bayi di Pangsapuri Taman Desa Jati



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata bayi seberat 2.5 kilogram itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan dilaporkan dalam keadaan baik.

“Hasil siasatan awal kami percaya suspek mahu bayi berkenaan mati berdasarkan caranya mengikat plastik dengan pakaian seperti mahu bayi itu lemas.

“Kami turut menjumpai pakaian seragam sebuah kilang bersama beberapa pakaian wanita dan pakaian itu membawa kepada penemuan wanita warga asing terbabit,” katanya.


malang sungguh bayi ni. tengok tu dah la comel. sanggup buang anak konon nak bayi tu lemas. Nauzubillah!

You Might Also Like

12 insan comel komen

  1. kenapa buang.. baby tu kan comel..

    ReplyDelete
  2. aiyoyoo..hali hali buang bayi.. isk isk

    ReplyDelete
  3. ini memang sangat kejam....baby secomel tu dibuang dlm tong sampah.nauzubillah..mujur xde anjing ke yang cederakan...Allah SWT nak bayi ni melihat dunia..

    ReplyDelete
  4. ok nasib baik baby ni hidup,kalau dicampak,dibunuh,dibuang dalam jamban..yang tuh rasa nak bertukar jadi hulk..arghhh..
    oppsss.hihihi..

    ReplyDelete
  5. bodoh betul....senang tol diberanak ye.....fuhhhhh gilerr lahhh

    ReplyDelete
  6. kejam gler diaorang nih..hish..

    ReplyDelete
  7. hobi membuang anak ke dorang ni?bilelah kes camni akak beransur sikit..

    ReplyDelete
  8. apa lah nak jadi..tak nak,bagi je lah kat orang yang nak anak

    ReplyDelete
  9. kesian kat baby 2...
    sampai hati manusia nie buang baby...

    ReplyDelete
  10. sian baby tu... hurmmm...

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!