Tubuh Panas Dengar Azan

“Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya...


Tubuh panas dengar azan




“Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah,” kata Zaki, 34, yang memakai ‘susuk kuat sembahyang’ kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.

Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.

Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.

Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.


hish mengarut jer. macam ni pon ada. nak lakukan ibadat dengan ikhlas. tak payah guna perantaraan. huhuhuhu


You Might Also Like

9 insan comel komen

  1. nak beribadat pun nak guna susuk nmpk sgt xiklas

    ReplyDelete
  2. nak buat ibadat pun kene pakai susuk?..pelik betul la..terpesong sangat nih

    ReplyDelete
  3. hurm..xpena denga pun sebeblum ni pasal susuk ni.susuk nak cantik tu biasela dengar..kan? macam2 je la dorg ni

    ReplyDelete
  4. adeh..nk kuatkan ibadat tu dh bagis tp caranya pulak salah...

    berhati2 la memilih guru..jgn main rembat je..huhu

    ReplyDelete
  5. heiiii..macam2 betul la zaman sekarang ni..

    ReplyDelete
  6. cmner laa nk tunai ibadat klau campur unsur2 cmni...

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!