berita luar negara
Padah Bergambar dengan Kereta Curi
1:00:00 PM
KEEGAN bergaya di depan sebuah daripada kereta yang dicurinya.
GAMBAR Wilhelm bersama kenderaan seorang mangsa yang dicurinya menjerat diri sendiri.
Dua pencuri dipenjarakan selepas memuat naik gambar mereka dalam Facebook bersama kereta yang dikebas. Damon Keegan, 20, dan Aaron Wilhelm, 18, melakukan beberapa kecurian dengan mensasarkan kenderaan mewah di bandar raya Manchester.
Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar apabila gambar yang menjadi bukti jenayah dilakukan mereka dan maklumat yang mengaitkan mereka dengan kecurian itu ditemui polis.
Pasangan itu ditahan Krismas tahun lalu selepas dikaitkan dengan tapak kaki yang ditinggalkan di permukaan bersalji dalam satu kejadian pecah rumah.
Polis mendapat maklumat selepas mangsa kecurian menunjukkan mereka mengenai laman Facebook Wilhelm. Wilhelm mengubah gambar profil dirinya dengan imej menunjukkan dia bergaya di hadapan kereta mangsa yang dicuri.
Daripada imej yang ditemui polis daripada telefon bimbit dan Facebook menyebabkan mereka turut dikaitkan dengan kehilangan kereta di beberapa kediaman di kawasan berkenaan antara Februari dan Mei tahun lalu.
Kenderaan itu termasuk Mercedes, tiga kenderaan iaitu Audi, sebuah Volkswagen Scirocco dan Renault Clio dengan jumlah 200,000 pound (RM1 juta).
agak-agak la nak mencuri pon. jangan la sampai menjerat diri sendiri letak gambar kereta curi dalam facebook. kan da kantoi. tak pasal-pasal je. hahaha
guys..need ur help please!1.LIKE page: RUMAHKEBAYAMALAYSIA2. LIKE my pitca http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150375874806785&set=a.10150355316621785.344873.179036286784&type=1&ref=nfvote me please! tenQ u!!
11 insan comel komen
bijak sungguh tu..
ReplyDeleteitulaa... bangang lgi kan dh kena...
ReplyDeletepencurik amatur nie...heheh
ReplyDeletenak menunjuk la tu kononnye ade kete mewah..padahal..kete curik..kan dah padan muke..
ReplyDeleteini pncuri apa yg baguih sgt... smpai ltk gambo dlm fb... hihii
ReplyDeletesengal.curik, doklah diam2.gi upload fb kan dah kena tangkap.hihi~
ReplyDeletenak kata bodoh, pandai pulak mencuri kereta mewah. hadoiii!!
ReplyDeleteKan dah kena....
ReplyDeletemengong..kikiki
ReplyDeletedye menggong sbb tuu jadik pencurik
ReplyDeletelaa, muda lagi tu dah mencuri kereta, mahal2 plak tu..p upload dlm FB mmg bangang la..kui3
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!