Tuesday, November 15, 2011

Buang Bayi Belakang Klinik


‘Beg bergerak-gerak’


Seorang jururawat tidak menyangka beg kain berbelang merah putih di bawah pokok yang ditemuinya berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, semalam, mengandungi bayi lelaki baru dilahirkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi dalam keadaan berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih itu dipercayai baru empat jam dilahirkan.

Bayi seberat 2.6 kilogram (kg) yang masih bertali pusat itu ditemui jururawat berkenaan yang baru saja meletakkan kenderaan di kawasan itu untuk memulakan tugasannya di klinik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata jururawat itu membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati ada bayi lelaki di dalamnya.

“Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini.

“Jururawat itu ternampak beg kain berbelang merah putih di bawah pokok berhampiran yang kelihatan bergerak-gerak sebelum menghampirinya. “Dia mendapati seorang bayi lelaki yang hanya berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih di dalam beg berkenaan dan terus membawanya ke klinik sebelum menghubungi pihak polis,”.


COMEL...Zaitul Najahah mendukung bayi yang ditemui.


daku suka baby boy wei! kalau tak nak bagi daku la. kesian baby tu di buang pastu di hurung semut pula.kesiannya T_T

kawan-kawan. jijah perlukan LIKE untuk support jijah kahwin.
please like me..
vote me please! tqvm ^^

9 comments:

  1. alahai...kesiannya.....
    jadi anak yatim piatu walaupun ada mak dan ayah yang masih hidup

    ReplyDelete
  2. kesian baby tu, suami sya keja kat klinik tu siap kena pi balai lg buat report....

    ReplyDelete
  3. nape kejam sangat manusia sekarang???

    ReplyDelete
  4. apa la diorng dok pk ni..

    ReplyDelete
  5. kesiannya...kalau tak nak sedekah kat orang....

    ReplyDelete
  6. @Cik Rose Cute tu la pasal. tak payah la buang2..kesian baby tu!

    ReplyDelete
  7. dah macam jadi satu tabiat lak kes buang anak ni kan..mintak2 pasni ade lah perasaan kesian pada yg ingin membuang anak tu..pikirlah betul2 baby yang baru melihat dunia tu dibuang camtu je..takkan xde kesian lansung pun kan..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!