Saturday, November 19, 2011

Bakar mercun kerana marahkan banjir





Polis menyatakan sekumpulan penduduk yang berang telah bertindak dengan membuat satu letupan kuat berhampiran sebuah terusan banjir di sempadan bandar raya ini.

Ia dilakukan untuk meluahkan kekecewaan berhubung penderitaan berterusan yang mereka alami akibat banjir.

Letupan yang mencetuskan bunyi kuat tetapi tidak menyebabkan kecederaan itu berlaku malam kelmarin di sebuah penghadang yang memisahkan bandar raya ini dengan wilayah Pathum Thani.

Seorang pegawai polis, Kolonel Harn Lertthaweesap berkata, polis mengesyaki perbuatan itu dilakukan penduduk Pathum Thani yang kecewa kerana komuniti mereka ditenggelami air bah disebabkan terusan tersebut.

Terusan itu dibina untuk melindungi kota metropolitan ini daripada bencana banjir.

Harn memberitahu, letupan itu berpunca daripada pembakaran mercun dan bukan bahan letupan.


banjir kan kejadian Tuhan. siapa kita menghalangnya. ada sebab kenapa Allah turunkan bencana ^^


4 comments:

  1. nasib x bakar bom..hehehe

    ReplyDelete
  2. yang pelik je lah dorang ni..bukan ke kalau bakar mercun lagi menambahkan bahaya je..patut sesame membantu mase dalam bencana..bukan memburukkan keadaan..

    ReplyDelete
  3. @Wanie lau bom habis lah negara dorang musnah! hehe

    ReplyDelete
  4. @Azhafizah[フィザ] dorang ape tu.. dorang pikir banjir ni menyusahkan dorang..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!