11.11.11 Tak Sangka Tengok Kawan Bersalin

Assalamualaikum.. Morning. Selamat pagi kalian. Mari kita mulakan pagi yang indah ini dengan selawat dan memandang tumbuhan hijau. p...

Assalamualaikum..


Morning. Selamat pagi kalian.

Mari kita mulakan pagi yang indah ini dengan selawat dan memandang tumbuhan hijau. pasti anda rasa lebih segar ^^

keriuk keriuk tulang ni berbunyi. rasa macam lenguh pula. akhirnya habis juga tiga malam keje syif malam. daku nak rehat tiga hari cuti ni sampai ahad nanti. so jangan muntah pink la kalau banyak update dari daku. hahaha....:p

malam tadi kenangan yang paling best. first time ni. di sebabkan daku keje malam daku berpeluang jumpa member sekolah daku yang menanti masa untuk bersalin. wedding dia pada 03.10.10 tahun lepas macam dalam entry ini. tak sangka dah setahun kawan daku kawen dan harini die pon bersalin. daku? tah la biler. hahaha ^^





ok berbalik pada cerita tadi. daku berpeluang masuk dan tengok member sendiri bersalin. sangat teruja ok. ko hado?? tak do kan. hahaha :p jam 12mn masa tu baru 5 cm buka. daku tenangkan dirinya. dia pon dah tak tahan sakit sangat.

jam 12.45am daku beranikan diri telefon wad bersalin. padahal sebelah je pon. misi benarkan daku masuk. yehaaaaaaaaaa!!

perasaan masa tu sedih,takut. begini lah rupanya orang sakit beranak kan. ya Allah hebatnya kekuasaanMu. daku sedaya upaya tenangkan dirinya. beri kata-kata semangat supaya die ada tenaga untuk bersalin. nak citer lebih lanjut korang merasa la sendiri. daku pon tak tahu nak gambarkan bagaimana die rasa dan daku tengok. ^^

Alhamdulilah tepat 11.11.11 jam 1.11am feeni selamat lahirkan baby boy yang sangat comel,gebu putih. ai teruja dan excited ok. macam daku pula yang beranak. hahaha



Ya Allah serius comeynya baby ni!


feeni anak ko comel sangat beb! geram akuuuu ^^


gambar baby ni daku snap sejurus lepas dia di bersihkan,di timbang dan di warmkan :) dalam 20minit selepas kelahiran. baby seberat 3.1kg. besar kan. memang comel :)

dah lepas beban member daku bersalin. sekarang masa die menjaga babynya penuh sabar dan tabah. jangan lupa susukan susu ibu sehingga 6 bulan oke!

Tahniah feeni! semoga feeni cepat sembuh dari luka bersalin dan jahitan. koyak sikit. jaga diri baik-baik. jaga baby amanah Allah yang tak ternilai ni. semoga anak ni menjadi anak yang soleh yang membahagiakan diri kamu dan suami ^^




You Might Also Like

25 insan comel komen

  1. mmg sgt comel bby tu dear.

    xsbr tunggu jijah lak..heheh

    ReplyDelete
  2. waaahhhh, dh besalin dh...baru rit uh dgr dia mengandung..ehhe:)

    ReplyDelete
  3. tembamnye!!tp berat lebih kurang adek maira je 3.2 baru lahirgak 2 minggu lepas...ic die mesti bnyak 1..orang mne??kalu ganu semua satu la jawabnye..

    ReplyDelete
  4. 11.11.11? tahniah...cantik birth date baby tu

    ReplyDelete
  5. wah sume 1111 ek...11/11/11 jam 1.11..hehehe say congrates to her ye...semoga da besar baby ni jd anak yang berguna..=)

    ReplyDelete
  6. wahhh, nak gak baby comel tuhh ^_^ tahniah kpd kwn cik jijah ye :) semoga menjadi ibu mithali kpd anak2nya :)

    ReplyDelete
  7. comelnye budak kecik nie....
    geram lak tgk.....

    ReplyDelete
  8. comel baby tu..congrate feeni..takpe..pasni jijah pulak kan..

    ReplyDelete
  9. wow..cantik tarikh la hir tu..lahir normal ke caeserian?

    ReplyDelete
  10. @nuyui a.k.a miss YUI haha macamner nak anak comel ha? hehe ada tips tak.

    ReplyDelete
  11. @azam cik jijah tahun depan tu pon kalau bunting pelamin.hehe *gatai*

    ReplyDelete
  12. @MaiRa QuEeN negeri sembilan yunk. hehe compom banyak satu. hehe

    ReplyDelete
  13. @Diana @ bilakukatacinta tu la pandai baby tu ejas keluar kan. hehe

    ReplyDelete
  14. @Cik MeRaH JamBu jijah sampaikan pada member k. tima kasih auntie cik merah jambu. hehe

    ReplyDelete
  15. @::Cik Pija:: baru 1 anak dear. hehe maceh. t jijah sampaikan yer..moga baby boy ni jadi anak yg soleh :)

    ReplyDelete
  16. @Azmi Khan anak sendiri azmi mesti lagi comey :)

    ReplyDelete
  17. @Azhafizah[フィザ] Amin. pasni jijah eh. seram tau tengok die menahan sakit. huhuhu

    ReplyDelete
  18. chumel sgt...yg best tu date n time dia giler sederet...11.11.11..1.11...wah...besar sungguh kurniaan Tuhan...kan??alhamdulillah...

    ReplyDelete
  19. date dia sangat sempurna..jeles ni

    ReplyDelete
  20. @sajlOo pUteh Alhamdulilah mesti bangga mak die kan. tarikh sgt cantik.susah betol nak dapat. hanya org tertentu kan..hehe

    ReplyDelete
  21. @Azzah akak due tarikh cantik jugak la..hehe

    ReplyDelete
  22. hihi.pandai bby pilih tarikh istimewa ye :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!