Majlis Resepsi Zahiril Adzim dan Sheira Aiyob

Majlis resepsi Zahiril Adzim dan berlangsung meriah di Kelab Shah Alam, Selangor Darul Ehsan malam tadi. Lebih manis apabila pelakon yang...



Majlis resepsi Zahiril Adzim dan berlangsung meriah di Kelab Shah Alam, Selangor Darul Ehsan malam tadi. Lebih manis apabila pelakon yang memegang peranan sebagai Daim itu turut mendeklamasikan sebuah puisi untuk isterinya.

Zahiril yang segak bersut tuksedo berwarna krim perak diraikan bersama isterinya yang anggun bergaun malam leret sedondon dengan sedikit bungaan manik berona ungu rekaan pereka terkenal Hatta Dolmat.

Pasangan pengantin diberikan restu menepung tawar oleh keluarga kedua-dua belah pihak.




Selesai upacara makan beradap dan upacara memotong kek, Zahiril memberikan kejutan khas buat isterinya disaksikan para tetamu apabila membacakan sebuah puisi yang dikarangnya sendiri. Deklamasi sajak pelakon itu diiringi persembahan muzik oleh abang pengantin lelaki.





sayu~~ Sheira menitiskan air mata


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.





Pasangan ini bernikah pada 20 November lalu di kediaman Shera di Ipoh, Perak seperti dalam entry ini






tahniah! sheira ayub sangat lawa!


You Might Also Like

16 insan comel komen

  1. cantiknya sheira.diaorang mmg sepadan..ee,nak pi baca blog zahiril skrang..:)

    ReplyDelete
  2. alahai sweetnya..alahai mas lak dok terharu..hihi..hope kekal la mereka hingga akhir hayat.

    jijah,nanti time jijah,sajak lak nak?hahaha..baru gempak..hahah

    ReplyDelete
  3. mereka memang sangat secocok!

    ReplyDelete
  4. @Azzah sheira ni comel! kecik jer..sweet la dorang ni..

    ReplyDelete
  5. @MaYa MustWany abg navy tak romantik sgt! keras jer macamner nak bersajak. hahaha

    ReplyDelete
  6. @nasha sanza kan. memang sangat sesuai sepadan bagai pinang di belah dua. hehe

    ReplyDelete
  7. sweetnya dorangggg. semoga bahagia sehingga akhir hayat :)

    ReplyDelete
  8. wahhhh, cantikntyew psgan tu...Tahniah!!!

    ReplyDelete
  9. terpaku tgk gambar dorang..sentap dgn poem tu..terharu kot klo suami sendiri bace..mane xnangis..huhu

    ReplyDelete
  10. sweetnya dorang nih. suka sangat tengok shera nih. sepadan . :)

    ReplyDelete
  11. puisi yg menyentuh jiwa.. semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi mereka.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  12. @Azhafizah[フィザ] kalau jijah dah nagis sedu2 ni kalau die bacakan poem. hehe

    ReplyDelete
  13. alahai, cantik dress dia..baru tgk zahiril kena hempap bumbung dlm drama smlm..hihi

    ReplyDelete
  14. mmg sepadan hehe..hope hbgan mereka kekal keakhir hayat ;)

    ReplyDelete
  15. moga kekal hingga akhir hayat buat pasangan ini :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!