Saturday, November 26, 2011

Promosi harga diskaun Blackberry tiga orang cedera



lelaki pengsan selepas beratur untuk membeli telefon bimbit BlackBerry pada harga diskaun



Promosi harga diskaun untuk telefon pintar BlackBerry di Jakarta bertukar kecoh apabila beribu-ribu warga Indonesia menyerbu premis perniagaan di sini dengan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera manakala beberapa yang lain pengsan.

Promosi harga murah itu bertempat di sebuah premis perniagaan di pusat beli-belah Pacific Place.

Pengeluar telefon BlackBerry, Research in Motion (RIM) mengumumkan seminggu lalu bahawa model baharu BlackBerry Bold 9790 akan dilancarkan di sini semalam pada separuh harga untuk 1,000 pelanggan pertama.

Namun, sekitar 5,000 peminat BlackBerry berkumpul dalam cuaca panas di luar pusat beli-belah berkenaan untuk mendapat peluang membeli model terbaharu itu pada harga AS$260 (RM831) selepas diskaun.

Sebahagian mereka sudah beratur sehari sebelum promosi berkenaan berlangsung, kata polis.

“Promosi itu menjadi huru-hara menjelang tengah hari apabila beribu-ribu orang saling menolak untuk mendekati pusat beli-belah tersebut. Kami terpaksa mengarahkan penganjur supaya menghentikan sesi promosi itu,” kata jurucakap polis Jakarta, Baharudin Djafar.

Seorang wanita berusia 32 tahun dikenali sebagai Sherly yang menunggu sejak awal pagi semalam adalah antara yang pengsan dalam kekecohan tersebut. “Orang ramai seperti gila dan mula menolak antara satu sama lain, saya dihimpit sehingga tidak sedarkan diri,”.



peh kerana blackberry murah orang sanggup berpusu-pusu sehari sebelum promosi. kuat betol penangan handset blackberry ni. cayalah! hahahaha

 

3 comments:

  1. kat sini mahal pun orang sanggup beli.tak payah tunggu promosi separuh harga kan

    ReplyDelete
  2. gile gadget sanggup buat ape saje la jijah..bukan sng nak dapat murah tu

    ReplyDelete
  3. mengong nya..bahaya tuh..eshh kalau mas,memang tak la.sempit2,ramai2,sure pengsan.beli je kat kedai,selesa.senang.nak murah,tapi sakit wat pe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!