Berdengkur Masa Tidur...

Tak suka bunyi bising masa tidur gara-gara teman sebelah? Bunyi berdengkur yang bermacam-macam bunyi..bising.. bingit.. menyirap je kan... ...



Tak suka bunyi bising masa tidur gara-gara teman sebelah? Bunyi berdengkur yang bermacam-macam bunyi..bising.. bingit.. menyirap je kan...

ha jom ketahuilah apakah itu berdengkur dan pencegahannya..

Apa itu berdengkur?
Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Sebab-sebab berdengkur
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.

Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran. Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

Komplikasi
Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur.'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.

RAWATAN
Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?

Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.

Rawatan untuk dengkur
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid".Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.

PENCEGAHAN
Petua untuk mengurangkan dengkuran:
  • Kurangkan berat badan jika kalian mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil kalian lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang 



You Might Also Like

4 insan comel komen

  1. org cakap kalau berdengkur ni
    boleh menyebab kn kematian kn..
    bahaya ohh huh

    ReplyDelete
  2. selalu hadapi masalah ini...oppss,bukan berdengkur tapi masalah TAK LEH NAK TIDUR DENGAR ORANG BERDENGKUR esp my mom..tapi bila jauh2 duduk dengan family,mula la rindu segala..haaahaaa

    ReplyDelete
  3. vco boleh membantu merawat dengkur ni sebab ianya boleh legakan sistem pernafasan :) hehe terbukti berkesan

    ReplyDelete
  4. cik jijah, saya dh email kan detail....huhu...xdpt gtau eh....

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!