Kes Benjy ditangguh masalah kesihatan

10:16:00 AM 2 Comments A+ a-



KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, semalam menangguhkan kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy sehingga hari ini kerana dia dimasukkan ke hospital disebabkan masalah kesihatan. 

Benjy, 33, yang diwakili peguam, Amer Hamzah Arshad, memberitahu pihaknya memohon pengecualian kehadiran anak guamnya apabila tertuduh dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara, dua hari lalu kerana mengalami masalah pernafasan dan asma.


Ketika prosiding semalam, Amer Hamzah turut mengemukakan surat pengesahan daripada hospital berhubung tahap kesihatan Benjy selain pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk meneruskan perbicaraan tanpa kehadiran anak guamnya.


Bagaimanapun, Majistret Hafizza Sauni menangguhkan kes itu kerana sakit adalah perkara yang tidak boleh dielakkan selain meminta pembelaan mengemukakan sijil cuti sakit daripada hospital itu, hari ini. 


Pelakon itu kelihatan kerap batuk semasa menghadiri perbicaraan, Isnin lalu.

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

2 insan comel komen

Write insan comel komen
ninie
AUTHOR
4/21/2011 11:47 AM delete

dah lama kan kes ni sampai sekarang belum settle... jangan la tejadi kat ahli keluarga kita... thanks for sharing, do follow my blog too ya xoxo

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!