Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011

hai kalian... Jom pergi Pesta Air Malaysia Di Port Dickson mulai esok 29 April-2 Mei!! kalau kalian pergi let me know. mane tahu kita...

hai kalian...

Jom pergi Pesta Air Malaysia Di Port Dickson mulai esok 29 April-2 Mei!!
kalau kalian pergi let me know. mane tahu kita boleh jumpa-jumpa kan..
wee~~

Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011 Pada 29 April-2 Mei



PORT DICKSON – Tiga puluh acara disediakan untuk orang ramai sempena Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011 yang akan berlangsung Jumaat ini hingga 2 Mei.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohamad Razi Kail berkata pihaknya menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM70,000 untuk pemenang dalam pelbagai acara.
Bercakap kepada pemberita di sini Rabu beliau berkata, Konsert Pancaindera yang dibawa khas oleh akhbar Mingguan Malaysia bakal menjadi antara tarikan utama.
“Aktiviti menarik lain ialah Pesta Pancing Port Dickson 2 kategori (Sampan dan Pantai), Konsert artis popular bersama RTM Negeri, Sukaneka pantai dan pertandingan mewarna bersama keluarga.
“Selain itu, pengunjung dapat menyaksikan acara pertandingan sukan pantai antaranya Bolasepak Pantai Rembat Kosmo!, Tarik Tali, Bola Tampar dan Bola Jaring yang melibatkan 200 peserta,” katanya.
Katanya acara lain ialah Mini Zoo, Persembahan Kebudayaan, Perasmian Pesta, Raja dan Ratu Kanak-Kanak Pantai, Karaoke, Pertunjukkan Layang-Layang, Jet Ski, Paramotor, Inflatable Games, Badut, Pertandingan Makan Pizza, Makan KFC dan Goyang A&W bersama para penaja, Uji Bakat bersama RTM Negeri, dan Wellnes Fun And Run.
Beliau berkata, Pantai Cahaya Negeri dan Pantai Bagan Pinang menjadi tumpuan kaki pancing apabila pertandingan memancing menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai lebih RM30,000.
“Saya yakin penganjuran kali ini mampu menyasarkan 100,000 orang pengunjung ekoran ketiadaan pesta air pada tahun lalu. Ini berikutan (cuti umum) 1 Mei jatuh pada hari Ahad, orang ramai mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga di pantai peranginan popular ini,” katanya.
Program itu dianjurkan Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Port Dickson.

p/s : banyak aktiviti menarik tu.. sesiapa yang cuti..jom lah pergi Pee Dee.. yang kaki pancing boleh masuk pertandingan!! 
Jom kita beramai-ramai memeriahkan Pesta Air Malaysia di PD…banyak acara menarik yang disediakan..jangan lepaskan peluang..!!!
mane tahu kita boleh jumpa di sana..wee~~

You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. jija.. kt sabah pn ada pesta air gak.. ehh bkan, dia lbh kurg mcm pesta air, tp namanya pesta regatta kot~ dorg ada berlumba bot kecil mcm banana boat tue.. :)

    ReplyDelete
  2. dian~ade jugak hujung minggu ni kat sabah?? wow..bestnya naik banana boat tu..

    ReplyDelete
  3. time aku pi PD hari tu..
    tak lakk dyorg pesta air time tuu...
    haihh..nyampahhh..hahaha

    ReplyDelete
  4. @far8 budak baik ~ hahaha jom lah turun PD minggu ni pulak..hari tu xde pape...

    ReplyDelete
  5. alaa... apsal tak buat kat morib.. dekat sikit ;p

    ReplyDelete
  6. skrg mmg kt p.d tpi xtahu nk g ke x...huhuhu

    ReplyDelete
  7. BASIC TO ADVANCE MAKEUP CLASS PROMOTION IS BACK AGAIN!!!

    DATE: 14TH MAY 2011 (SATURDAY) & 15TH MAY 2011 (SUNDAY) ONLY PICK 1 DATE
    VENUE: SHAH ALAM
    FEES: (NORMAL) RM350/PERSON, (PROMO PRICE) RM295 ONLY!!!

    SYLLABUS:
    (FOCUS MORE ON SPECIAL OCCASION/DINNER/ EVENTS/ETC

    CALL/SMS 016-2128740 FOR BOOKING
    REGISTRATION CLOSED ON 10TH MAY 2011
    LIMITED SEATS!!!



    LATEST ACTIVITIES!!!
    SALAM/HI ALL
    LATEST UPDATES (RED DELICIOUS GALA DINNER):
    DATE:18/6/2011
    VENUE: PEARL INTERNATIONAL HOTEL,KL
    POOL SIDE,CHILLING OUTDOOR, WITH FASHION SHOW AROUND THE POOL AREA,CANDLES & FAIRY LIGHTS,BBQ & MORE!!!

    FOR THOSE WHO WOULD LIKE TO JOIN CONTESTS, THERE WILL BE:
    1.MAKEUP CONTEST (OPEN FOR JR MUA) 20 PAX ONLY.
    2.KAROKE CONTEST!! (OPEN FOR ALL!!)

    OTHER ACTIVITIES:
    lucky draw,best dress, fashion show, photoshoot session & more!

    SMS 016-2128740 FOR BOOKING
    FEES: RM100
    DEPOSIT RM50 (1580 8830 5272 ) maybank NORSHAHIRA SHAHRIZAL
    DEPOSIT NEEDS TO BE SETTLED BEFORE 30TH APRIL.
    http://www.facebook.com/event.php?eid=192877527395664

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!