Jangan Abaikan Mandi!

Mandi..aktiviti yang wajib setiap manusia kan..Mandi digalakkan 3 kali setiap hari iaitu pada waktu pagi,tengahari serta lewat petang....



Mandi..aktiviti yang wajib setiap manusia kan..Mandi digalakkan 3 kali setiap hari iaitu pada waktu pagi,tengahari serta lewat petang...ala..macam time makan jugak..
Tapi..masih ada juga di antara kalian yang mengabaikan amalan mandi ni yer..hehe
Harus di ingat! Mandi bukan saja bertujuan untuk membersihkan badan kalian, tetapi juga mempunyai kebaikan yang tersirat...

Jom kita mempelajari kebaikan Mandi ni!


Jangan tak percaya Mandi boleh menghilangkan Stress!
Mandi bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran tetapi juga menjauhkan stress serta meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan..sebab ia boleh menyempitkan salur darah dan meningkatkan paras gula dalam darah. suhu yang di galakkan untuk mandian sekitar 12-18 darjah celcius...wah sejuknya tu!!

Mandi boleh mengeluarkan toksin dari badan
Mandi air panas sekitar 32-35 darjah celcius boleh membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah,menyembuhkan sakit otot dan menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.

Mandi boleh menyembuhkan jangkitan kulit
Mandi juga boleh menyembuhkan beberapa jangkitan kulit seperti ruam atau gatal-gatal..ia boleh di atasi dengan menambahkan soda penaik ke dalam air mandian, sebagai antiseptik.
PETUA: Isikan air ke dalam bekas mandian dan tambahkan soda penaik[sodium bicarbonate] dan campur sehingga rata. Di galakkan untuk berendam selama 10-20 minit.

Mandi mampu meredakan selsema dan sakit kepala
Masalah selsema dan sakit kepala boleh diubati dengan amalan mandi. Caranya rendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema,sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya di dalam sebuah bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki, kemudian tambahkan beberapa titis minyak aroma seperti lavender atau lemon. Kemudian bilas badan kalian dengan air sejuk. Lakukan juga 10-20 minit.

Arghhhhhh!! Susahnya nak tidur! Legakan dengan Mandi..
Bagi yang mengalami masalah insomnia/susah tidur, mandi merupakan terapi yang bagus untuk mengurangkannya.Rendamkan kaki dalam air dingin. Bagi yang mempunya masalah insomnia masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Selain masalah insomnia ia juga berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung,selsema dan sembelit..




You Might Also Like

4 insan comel komen

  1. assalamualaikum cik Azizah,thanks for lot of tips, alhamdulillah moga kita terhindar dr penyakit dan mencegah lebih baik dr mengubati:)

    ReplyDelete
  2. rania~ InsyaAllah semoga kita terhindar dari segala penyakit hendaknya!

    ReplyDelete
  3. mandi boleh hilangkan bau tengik ketiak,.huhuhaaa

    ReplyDelete
  4. acai;

    muahaha..betul2...eeeeee...busuk bau tengok ketiak lah...haha

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!