Gajah berang terkejut bunyi motor

PENDUDUK menunjukkan rumahnya yang musnah akibat diserang sekumpulan gajah liar di Kampung Pasir Tumbuh, Gua Musang, kelmarin. GUA MUSA...


 PENDUDUK menunjukkan rumahnya yang musnah akibat diserang sekumpulan gajah liar 
di Kampung Pasir Tumbuh, Gua Musang, kelmarin.
PENDUDUK menunjukkan rumahnya yang musnah akibat diserang sekumpulan gajah liar di Kampung Pasir Tumbuh, Gua Musang, kelmarin.
GUA MUSANG: Sekawan gajah naik minyak dipercayai akibat terkejut dengan cahaya lampu dan bunyi motosikal ditunggang seorang lelaki lalu mengejar mangsa yang memecut ketakutan di Kampung Pasir Tumbuh, Bertam, dekat sini, malam kelmarin. 


Dalam kejadian jam 9 malam itu, Md Zain Yaacob, 59, dalam perjalanan pulang selepas minum kopi di Kampung Mentero, di sini. 


“Ketika pertengahan jalan, saya terserempak sekumpulan 12 gajah. Enam daripada haiwan itu meluru ke arah saya, disebabkan terkejut dengan bunyi enjin motosikal serta cahaya lampu. “Menyedari gajah itu akan bertindak ganas, saya terus memecut motosikal dan selamat sampai ke rumah,” katanya semalam.


Md Zain berkata, ketika melarikan diri daripada diserang sekawan gajah itu, beliau sempat melihat beberapa gajah sedang merosakkan dua rumah penduduk di kawasan terbabit.

“Saya dapat lihat dua rumah musnah dirosakkan gajah, syukurlah tiada penghuninya ketika itu,” katanya. 

Beliau berkata, kejadian serangan sekawan gajah itu sudah dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Jajahan Gua Musang, namun sehingga kini belum ada tindakan diambil. 



sumber: berita harian

You Might Also Like

0 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!