Gathering Housemate Poli [Part 1]

Salam kalian.. Lama nya daku tinggalkan blog buat seketika. Rindu giler kot tak online.. haha padahal baru 1 hari je. Tapi rasa lama ...


Salam kalian..

Lama nya daku tinggalkan blog buat seketika. Rindu giler kot tak online.. haha padahal baru 1 hari je. Tapi rasa lama tau sebab dah biasa online blog 24jam tu yang rasa lama bila tak online hehe.

Eh kalian aktiviti apa hujung minggu ni?

Seperti yang kalian tahu aktiviti daku minggu ni berjumpa dengan housemate semasa daku menuntut poli dulu kira-kira 6 tahun yang lepas. Mak ai lama giler yer 6 tahun tu. Tapi rasa macam sekejap je masa berlalu. Tapi kawan-kawan masa poli lah yang TERBAIK sebab sehingga sekarang kami still berjumpa dan duduk sebumbung lagi. Hehe

Pada hari sabtu a.k.a semalam daku bertolak jam 1pm berjumpa dengan mereka di Pekan PD. Memasing menaiki kereta sendiri lah..weeee~~ bila dah berjumpa haruk pikuk di buatnya! Lama tak jumpa masing-masing pon dah berubah tapi daku still kurus dan bertambah kurus kerinting lagi.kukuikui


Then kami pergi main bowling!!! Yeahh! Best giler kot main bowling even bola TERtolak kat belakang. Hahaha walaupon kalah tapi memang best lah. Hehehe best main punya main. Snap snip mesti lah ada. Dan orang yang paling suka bergambar pasti lah daku. Weee~~ kat bowling suatu kenangan yang best tak boleh di lupa! Dulu daku lah orang paling takut nak main bowling sebab daku tak pandai main!! Hahaha


Setelah main.. laparnya jadi kami ke Pasar Malam Batu4 untuk membeli makanan dan seterusnya bawak bekalan ke Pantai Blue Lagoon.  Dengan duduk di tepian pantai pasti lah perasaan yang sangat menenangkan hati dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Dan bak kata orang berkelah di tepian pantai. Sambil menikmati makanan pasar malam tadi. Hehehe


Air laut?? Takkan tengok je kot kan. Jadi kami pasti lah berendam sedalam-dalamnya kat laut. Sejuk beb air laut. Menggeletar daku. Lagi pon semalam air surut lah semalam. Tak syok tul. Huhuhu


Beralih pada aktiviti malam hari. Kami sepakat untuk menyanyi di bilik karoke. 1 jam tah beberapa lagu kami bawak. Masa tu lah nak layan perasaan yang bercampur aduk ni. Sehinggakan suara pon tak keluar dan hilang langsung!! Ciss kek toll ah..baru nak feeling…wee~~


Makan malam lagi! Masa tu dah jam 11 kot makan ikan siakap 3 rasa!! Nyummy!! Sedap giler wei..ikan punya lah besar gedabak!! Tak mampu 6 orang nak makan. Hehehe perut masing-masing kecik kot..hehehe dan aktiviti masa makan ialah tukar-tukar hadiah!! Hahaha suspen betol bab tukar-tukar hadiah ni.


Oh ya…nak tahu apa hadiah daku dapat pada malam tu? Dan apa hadiah yang daku bagi pada malam tu? Hehehe teruskan membaca yer..

Part menukar hadiah daku rasa macam malu je sebab daku punya hadiah rasa macam tak best je tapi daku tetap suka sebab sweet sangat. Bagi daku lah. Heeee dan nak tahu daku dapat hadiah apa?? Tadaaa…. Ni dia.. warna hijau gitu sotong. Dan boleh lekat kat cermin My PE. Pergghhh!!! Cantik giler! I suka bangat lah.. wee~~ dan hadiah daku bagi ialah kotak music yang ada bear dalam buaian. Bila music di mainkan bear ni akan main buaian. Hehee sweetnya kan..


ni lah hadiah daku bagi macam kotak dalam entry ini.


dan ini sotong hijau boleh gantung kat My PE..wink2..
tuan dapat hadiah daku sebelah tu ha..

Terima kasih Kawan Semua!!

Dah selesai makan. Masa untuk merehatkan diri di bilik Motel tepi pantai. Hehehe
ok kalian… tunggu part 2 keesokan pagi nya hari Ahad dan tamat gathering pulang ke kampong masing-masing.

Tadaaaaa..

You Might Also Like

4 insan comel komen

  1. bestnye jumpa member...huhuhu

    ReplyDelete
  2. n.asha best tau yunk....rinsu giler tu...6 tahun selepas tamat blajar kan...

    ReplyDelete
  3. sakan beraktiviti dengan kawan2...

    best la..enjoy ja kan..hehe

    ReplyDelete
  4. honeybunny~ hehe memang pon yunk..lama tak jumpa..tu yg hiruk pikuk je..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!