♥tip-tips perkahwinan
Petua untuk Bakal Pengantin Perempuan
11:10:00 PM
Disebabkan kawan daku nak kahwin hujung minggu ni. jadi daku nak juga kongsikan petua buatnya setelah pantang larang bakal pengantin beliau baca dalam entry daku sebelum ni. wah..ramai juga bertanya kepada daku banyaknya pantang masa nak kawin. susahnya. hehe memang lah darah manis katakan. wee~~
Terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati untuk diamalkan oleh para bakal pengantin perempuan dalam melengkapi proses rawatan tradisional sebelum melangkah ke jinjang pelamin iaitu :
Bunga Mawar
Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.
Timun
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama 1/2 jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.
Lobak
Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.
Tomato
Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas
Avocado
Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.
Limau Purut
Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap.
sekian ^^
5 insan comel komen
he3, byk ye tip2 utk pompuan... laki cmna lak?
ReplyDeleteEntry terbaru Kempen Derma Coli - Kempen Paling Pelik Pernah Jumpa... (",)
trimas2..petua yg amat berguna... :)
ReplyDeletesemua petua tu mmg bagus kalau kita dapat buat.. mcm akk dulu, macam2 petua akk dgr.. tp x buat semua la..
ReplyDeleteantara yg akk buat, x tgk cermin selama 3 hari sebelum nikah (utk naikkan seri pengantin) & x pegang penyapu seminggu sebelum nikah (org kata utk elak semangat jahat/niat x baik)..
ada yg boleh ikut, kita ikut la.. asalkan bawak kebaikan kan..
back to nature jugak kan..
ReplyDeletebtw..saye pun ade share jugak tips utk b2be..maybe boleh sharing2.. :)
http://choclairissa.blogspot.com/2011/03/lesson-learnt-make-up.html
@budak botak~ ade je petua untuk lelaki..sila tgk pantang larang bakal pengantin entry jijah sebelum ni
ReplyDelete@moon~ yer...sesama :)
@adieyza~ oh tu jijah tk pernah dgr.. nnt boleh cuba ni..akak pon da ade pgalaman kan..hehe
@intan~ hehe thanks..oh ya..jap g jijah terjah..
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!