berita terkini
Kena belasah dengan kekasih tegur tak kerja!
10:08:00 AMKUALA LUMPUR: Berang dengan teguran teman wanita yang sering memintanya mencari pekerjaan, seorang lelaki melepaskan geram dengan membelasah wanita malang itu sehingga cedera parah serta retak tulang tangan kiri.
Lelaki berusia 32 tahun itu dipercayai tidak mempunyai pekerjaan sejak lima bulan lalu dan hanya bergantung kepada pendapatan teman wanitanya, 36, yang bekerja sebagai pegawai bank di ibu negara.
Namun, dalam kejadian terbaru minggu lalu, suspek bertindak lebih ganas apabila menampar dan menumbuk mangsa sehingga menyebabkan wanita itu cedera di beberapa bahagian tubuh, selain retak tulang tangan kiri.
Kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Bukit Indah, Ampang dikatakan berpunca apabila lelaki itu tertekan akibat ditegur berulang kali oleh teman wanitanya supaya mencari kerja.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Lily, berkata kejadian berlaku apabila dia bertanya mengenai perkembangan pekerjaan suspek semasa lelaki itu datang ke rumahnya.
“Dia (suspek) tiba-tiba naik angin dan mengunci pintu rumah sebelum membelasah sambil menengking saya. Saya hanya berserah pada tuhan untuk menyelamatkan nyawa ketika itu.
“Tidak puas dengan itu, dia juga memukul saya di dalam kereta sehingga menyebabkan tulang tangan kiri saya retak dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.
Lily yang kini ditempatkan di Hospital Ampang Puteri berkata, hidupnya kini trauma apabila melihat lelaki dan sering berada dalam ketakutan.
“Pada awal berkenalan, dia seorang lelaki yang baik dan memahami saya, tetapi sejak tiga bulan ini dia cepat marah dan memukul saya walau berselisih faham mengenai perkara kecil.
“Saya selalu menegurnya supaya mencari pekerjaan kerana kami bercadang mengumpul duit dan berkahwin,” katanya.
Lily berkata, tidak tahan dengan itu, dia nekad melaporkan kejadian itu kepada polis di Balai Polis Ampang Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
2 insan comel komen
hati2 memilih pasangan!
ReplyDeletegiler punya jantan.. dah la tak keje.. belaasah orang lak
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!