movie
THE ROOMATE!!
5:55:00 PM
selepas daku menonton wayang Big Mommas Movie pada entry ini. kini masa terluang daku apabila semalam gaji ialah menonton wayang lagi! bahahaa biasalah gaji dah masyukk.. pasti lah pergi shopping..wink wink.. dapat jugak la beli sehelai baju dari te:zed sebab baju kat FOS semua tak cantik...hehe
so semalam daku menonton movie THE ROOMATE.
cerita ni menakutkan betul lah. hish tak sanggup lah dapat kawan yang obses sangat kat kita macam pompuan ni. nak melindungi kawan pon macam ni pula cara dia. al maklumlah dia sebenarnya ada mental disorder sebenarnya iaitu penyakit Schizophrenia
ni sinopsis dia culik kat gugel
Sara Matthews (Minka Kelly) memulakan tahun pertama kuliah di ULA.Setelah tiba, dia bertemu Tracy Morgan (Alyson Michalka) dan Stephen Morterelli (Cam Gigandet), drumer yang bermain di sebuah band. Setelah berpatri di rumah persaudaraan Stephen, Tracy mabuk dan Sara bawa Tracy pulang kat asrama nya larut malam dan bertemu Rebecca Evans (Leighton Meester), teman sebilik yang baru.
Rebecca belajar lebih banyak tentang kehidupan Sara. Sara mempunyai seorang kakak perempuan, Emily, yang meninggal ketika Sara berumur sembilan tahun. Dia menyimpan kalung itu milik Emily dan ada tato di dadanya pun nama Emily. Sara juga mempunyai ex-boyfren, Jason (Matt Lanter), yang terus memanggilnya untuk mencuba kembali bersama dengan dia.
Rebecca mula menjadi obses dengan menghabiskan masa dengan Sara dan ingin memiliki Sara untuk dirinya sendiri. Dia bersedia untuk melindungi siapa yang menganiaya Sara.
Hal ini terbukti dalam beberapa senario:
- Pada suatu malam, Rebecca berjumpa dengan Tracy di bilik mandi dan mengugut untuk membunuhnya kecuali Tracy kena menjauhkan diri dari Sara [dia juga mencabut cincin di perut Tracy. adoii sakit tau!]. Hal ini menyebabkan Tracy takut dan berpindah ke asrama lain.
- Profesor interior (Billy Zane) Sara mencium Sara. dan Sara memberitahu Rebecca. Kerana geram dengan perilaku profesor kepada Sara, Rebecca masuk ke pejabatnya dan menggoda dia untuk membuat lulus padanya dan sempat merakam dialog mereka pada tape recorder untuk membuatnya terlihat seperti ia memukul padanya. Dan keesokan hari nya Sara terkejut apabila mengetahui bahawa dia mempunyai profesor baru, Chanel DuBouis (Sharon Leal).
- Ketika Sara tinggalkan telefon biliknya untuk pergi dating dengan Stephen, Rebecca mendengar telefon dan menjawab telefon dari Jason. Meniru gaya Sara, Rebecca mengugut Jason jangan telefon dia (Sara) lagi. Selama beberapa minggu kemudian, Jason tidak menelefon Sara.
- Ketika Irene (Danneel Harris), kawan Sara seorang fasyen designer mengajak Sara untuk berpindah ke rumahnya. Rebecca membunuh anak kucing dengan memasukkannya ke dalam pengering ruangan cuci dan berpura-pura bahawa mereka telah melarikan diri.
- Sara mengikut Rebecca sambut Thankgiving di rumahnya dan Sara sengaja mendengar percakapan antara Rebecca dan ayahnya. rupa-rupanya Rebecca memiliki masa lalu yang bermasalah dengan teman-temannya. Kemudian, ibunya ada bertanya kepada Sara tentang penggunaan ubat yang Rebecca harus ambil.
-Ketika Rebecca pergi ke studio Irene, Sara dan Stephen mencari dari laci Rebecca dan menjumpai sebotol pil dari zyprexa, yang digunakan untuk mengubati schizophrenia tapi botol penuh sebab Rebecca tak pernah memakannya.
- Dalam kemelut ni, Jason telah tiba di kampus di asrama Sara. Dia meninggalkan nota bertulis dibawah pintu mengatakan ia ingin melihatnya dan mendedahkan hotel dan bilik di mana dia tinggal. Rebecca, setelah membaca nota, menyamar menjadi Sara dengan kalung kakaknya dan tatu dia, pergi ke bilik hotel Jason, dan membunuh Jason.
ceritanya penuh trailer. part membunuh tu membuatkan daku tutup mata dengan beg. adik daku ni siap-siap pegang tangan. rasa macam nak lempang-lempang jer.. huh tapi memang best lah citer ni. walaupon membunuh tapi ada jugak part romantik.. weeeee~~ 18sxxx
masa untuk pulang..layankan je gambar di bawah ni.. hahahaha
Sekian ^^
7 insan comel komen
okei, esok nak tgk cerita nie.. hehehe... nda sabar..
ReplyDeletethnks cik azizah ab wat entry nih , ,nk sgt tgk cter ni tp takde kesempatan lagi . hahaha . at least da thu pasal sikit2 cter sal nih
ReplyDelete@miszy dian~ cepat2...best tau!! bawak pakwe lagi best..gatal..
ReplyDelete@miss secreto de amor~ lar.. tgk la lagi best..baca je xgempak...hehehe
ReplyDeletenk tgk tp cm tkot...hehe
ReplyDeletecik lynn~ tak takot lah yunk...seram je..bahahaa bukan lah..ni citer pembunuhan je pon..
ReplyDeletehahahaha.. teda pakwe laa.. bawa classmate jak..
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!