Dokumen Sokongan Borang Nikah

Assalamualaikum.. contoh Senarai Semak Borang Nikah kat tempat daku ^^ Setelah kita ketahui prosedur pernikahan dalam ent...


Assalamualaikum..


contoh Senarai Semak Borang Nikah kat tempat daku ^^



Setelah kita ketahui prosedur pernikahan dalam entry lalu. Anda boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal atau dari Penolong Pendaftar Pernikahan di kariah tempat tinggal anda atau boleh muat turun daripada laman web Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. 

Selain daripada borang nikah, anda perlu menyediakan beberapa dokumen dokumen penting yang perlu disertakan sekali semasa menghantarkan borang nikah anda. Harus di ingat! calon suami mestilah terlebih dahulu mengemukakan borang tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah di tempat beliau bermastautin. 

Berikut adalah satu senarai semak dokumen dokumen penting yang anda boleh ikuti :


3 SALINAN KAD PENGENALAN
3 SALINAN KAD PENGENALAN BAKAL SUAMI
3 SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM / JAIS / JAWI / JAIN).
3 SALINAN SURAT PENGESAHAN BUJANG DARI MAJIKAN
BORANG KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV.
BORANG KELULUSAN BERKAHWIN / SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
SURAT PERAKUAN / PENGESAHAN / AKUAN SUMPAH NIKAH IBUBAPA (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung).
3 SALINAN KAD PENGENALAN WALI
SURAT KELULUSAN DARI KAGAT / PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera / Polis).

Selain itu sekiranya bernikah di Negeri Sembilan- 5 keping Gambar Ukuran Lesen Memandu

(Perempuan= BERTUDUNG & (Lelaki = BERSONGKOK HITAM)
tulis nama & no kad pengenalan - di setiap belakang gambar


Selepas borang pengesahan dikeluarkan oleh jabatan agama (pihak calon suami), calon isteri pula akan membuat permohonan di tempat tinggalnya (dengan menyertakan borang pengesahan daripada pihak calon suami dan dokumen-dokumen lain). Semua prosedur pernikahan adalah bergantung mengikut Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Dapatkan maklumat yang terperinci daripada kursus perkahwinan, Pejabat Agama Islam atau laman web mereka.


Selesai borang pernikahan kena pula buat ujian saringan HIV hanya di klinik kerajaan. Tunggu next entry yer.. 



Sekian..


You Might Also Like

25 insan comel komen

  1. biasalah ni...persediaan itu penting

    ReplyDelete
  2. ujian saringan tu penting..:)

    ReplyDelete
  3. dni punya dah setel.. ALhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. waa..

    bahang nak kahwin semakin terasa..heee

    bestnyaa cik jijah..:D

    ReplyDelete
  5. kat tempat afzal kena bawak diri je.hehehe :P

    ReplyDelete
  6. nak kahwin pun susah yer..mcm2 borang nak kena isi...patutnya perkara baik mcm kahwin ni dipermudahkan...

    ReplyDelete
  7. ok..akan ku guna pakai senarai ni utk mase akan datang..thanks jijah sayang share this

    ReplyDelete
  8. @afzalsukasuki eleh menipu jer. kalau tak macamner nak proses.hehe

    ReplyDelete
  9. @Khairil tu la ni yg leceh ni. nak jumpa org macam2. huhu

    ReplyDelete
  10. mas kalau nak kawin la nanti,memang refer blog kawin ni..ehh silap..blog jijah ni.hahah

    ReplyDelete
  11. mas kalau nak kawin la nanti,memang refer blog kawin ni..ehh silap..blog jijah ni.hahah

    ReplyDelete
  12. bersiap sedia la zizah.... skrg prosedur mcm2 ...

    ReplyDelete
  13. wow, tak tau lak siap ade senarai semak, senang la kan..sume borang dah ade eh jijah?setiap negeri lain kan..

    ReplyDelete
  14. @MaYa MustWany hahaha takde la update sepenuhnya pasal kawen pon yunk. sikit2 boleh lah.

    ReplyDelete
  15. @Dalila Hamid fuh akak cakap menakutkan jijah jer. huhuhu

    ReplyDelete
  16. @Wanie takat ni borang jijah dah ada, tinggal borang kawen die je. setiap negeri lain2..

    ReplyDelete
  17. hehee..kalo shida kawen nk rujuk jiejah leh x? hehee ^_^

    ReplyDelete
  18. @shida'R boleh sgt2 shida. sharing is loving! hehe

    ReplyDelete
  19. ntah bila bpluang nk submit form cmni, hukk...

    ReplyDelete
  20. heheh.mse g kursus kawen, asenye dia de gak bg taklimat cmni..

    ReplyDelete
  21. @caliph shuriken jgn cakap gitu! akan tiba masanya nnti :)

    ReplyDelete
  22. @cikpinky haah masa kursus kawen ade bagitahu. siap no tepon setiap jabatan agama islam.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!