Jumpa mayat dalam bumbung

SEBERANG JAYA: “Daripada mula lagi saya berdebar, memang sejak awal seperti dapat dirasakan ada orang di bumbung rumah. “Tela...


Mayat berulat atas siling



SEBERANG JAYA: “Daripada mula lagi saya berdebar, memang sejak awal seperti dapat dirasakan ada orang di bumbung rumah.

“Telahan saya terbukti benar, tetapi mengejutkan apabila terjumpa sekujur tubuh seorang lelaki dalam keadaan tertiarap,” kata seorang pekerja syarikat pendawaian elektrik.

Pekerja syarikat pendawaian elektrik yang tidak mahu dikenali itu menemui mayat berkenaan berhampiran kotak penyambung utama bekalan elektrik di bumbung sebuah rumah di Kampung Jalan Baru, dekat sini, jam 12 tengah hari semalam.

Menurutnya, dia ke rumah yang baru siap pembinaan itu selepas dimaklumkan oleh kontraktor mengenai ketiadaan bekalan elektrik di kediaman terbabit, jam 11 pagi.

Katanya, dia memeriksa bekalan elektrik dari tiang bekalan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tetapi didapati ada arus elektrik disalurkan ke rumah berkenaan.

“Saya mula mengesyaki ada masalah pada kotak sambungan bekalan di bumbung rumah dan ketika itu juga saya mula merasakan sesuatu perkara buruk berlaku.

“Bagi memastikan masalah yang berlaku, saya naik ke bumbung sebelum menemui mayat itu,” katanya.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang berusia 20 hingga 30-an adalah penduduk berhampiran dan ditemui dalam keadaan berulat, berbau dan kehitaman, dipercayai terkena renjatan elektrik.

Polis mendapatkan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membawa turun mayat lelaki terbabit.

Difahamkan juga, turut ditemui berhampiran mayat lelaki berkenaan adalah beberapa gulungan wayar yang dipercayai baru dipotong dari rumah dalam proses akhir pembinaan itu.


Innalillah. kesiannya lelaki tu. terkena renjatan elektrik semasa membuat pendawaian di rumah berkenaaan. ajal maut di mana-mana. Al Fatihah~~


You Might Also Like

11 insan comel komen

  1. Ajal maut ketentuan Allah..al-fatihah..

    ReplyDelete
  2. al-fatihah untuk beliau :(

    ReplyDelete
  3. xkan la xde org perasan..bukan kes bunuh ke ni..huhu

    ReplyDelete
  4. *xtau la betul tak widget follower tu nak buang..huhu

    ReplyDelete
  5. owh terkena elektrik..kus smngat ingtkn kne bunuh..huhu..

    ReplyDelete
  6. kesian. moga roh dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  7. pencuri??? oh kalau kita nak naik atas syiling pun kena berhati kan....mungkin ada wayar yang rosak...

    ReplyDelete
  8. @Wanie bukan ni. mgkin die repair wayar last2 kena renjatan. so orang memang tak tahu lah..hehe

    ReplyDelete
  9. @blogtilldrop haah kadang2 kita tak tahu wayar berselirat kat atas bumbung tu kan..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!