Kenapa Anda Masih Belum Kahwin?

Assalamualaikum.. Mungkin anda pernah ditanya, “Kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ad...


Assalamualaikum..


Mungkin anda pernah ditanya, “Kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi.” Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, 

“Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”


Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahawa seorang ulama sunni pernah berkata, 

“Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, bererti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh Allah s.w.t. Apabila Tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana Allah Maha Mengetahui. Apabila Allah telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna DIA sedang melimpahkan RahmatNya kepada makhluk itu.


Mungkin selepas ini, jika anda ditanya oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “Kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah Rahmat Allah s.w.t..”



^_^

You Might Also Like

11 insan comel komen

  1. :) kena mengatur.....dan jgn berharap sahaja

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH akan tiba masanya..

    kt hargai dulu apa yang ada..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, sampai jodoh nanti :)

    ReplyDelete
  4. Wahhhh....bgusnyew jawapan..bolehlah t bg jawapan sedemikian...hehehe..Nic entry sis....

    anyway, selamat hari raya Aidiladha...
    semoga sentiasa bahgia bersama family dan si dia...

    ReplyDelete
  5. jawapan yang tepat..semua orang ada jodohnya..

    ReplyDelete
  6. jodoh pasti akan tiba..InsyaAllah :D

    ReplyDelete
  7. jijah tau tak nape afzal lom kawen?

    ReplyDelete
  8. @afzalsukasuki jijah tak tahu la mcmner afzal leh tak kawen lagi..jgn jadi bujang terlajak pulak..hehehe

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah akan sampai masenyer nanti..wahh bulan ni topik kawen ye jijah..hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!