Kopi Pacak Tambah Tenaga Mengandungi Racun

Penggemar ‘kopi pacak’ atau dikenali kopi campuran pil perangsang tenaga batin yang didakwa pengeluarnya mampu memberikan ten...


‘Pacak’ hingga ke hospital





Penggemar ‘kopi pacak’ atau dikenali kopi campuran pil perangsang tenaga batin yang didakwa pengeluarnya mampu memberikan tenaga tambahan ketika beraksi di ranjang dinasihatkan berhati-hati kerana produk berkenaan boleh mengancam nyawa berikutan kandungan kimianya membahayakan kesihatan sekiranya diambil berterusan.

Kes terbaru membabitkan seorang lelaki warga emas yang dikejarkan ke hospital di utara tanah air akibat sesak nafas selain mengalami serangan jantung selepas meminum kopi berkenaan.

Warga emas berusia 60-an terbabit, bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas diberi rawatan kecemasan dan hospital mengesahkan ia berpunca daripada pengambilan kopi berkenaan.

Perkara itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berikutan kemunculan semula produk minuman kopi maut yang dicampurkan kimia berbahaya atau racun berjadual.


huhuhu ingat di hati nak memberi tenaga batin meningkatkan stamina di rancang last last penyakit berbahaya yang datang..tak pasal-pasal. berhati hati la yer.



You Might Also Like

9 insan comel komen

  1. kopi tu pilih jugak umur kot.tu pasal yang tua kalau minum,dia terkejut..:)

    ReplyDelete
  2. jangan nak percaya sangat dengan produk2 kopi ni..huhu..jumpe doktor dulu..

    ReplyDelete
  3. @Azzah haha terlalu berstamina kot..ngee~~

    ReplyDelete
  4. @Wanie dah 60an tak payah kopi2 da la..pikir buat ibadah je bukan pikir nafsu.hehe

    ReplyDelete
  5. ya Rabbi... ape la p buat kopi cenggini. ish3 orang kita skang sebok nak kaya je tak pk pasal keselamatan orang len huhu

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!