Remaja 15 tahun terlanjur 20 kali

Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 2...



Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.

Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.

Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.

“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.

“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.

Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.

“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.

“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.



20 kali??Astagfirullahalazim ni la yang kita takut ni. terlanjur lahir anak luar nikah. Nauzubillah~

kawan-kawan. jijah perlukan LIKE untuk support jijah kahwin.
please like me..
vote me please! tqvm ^^


You Might Also Like

13 insan comel komen

  1. ni mesti citer yg kuar dkt TV3 slm kan.. malu2

    ReplyDelete
  2. bukan terklanjur dah tu

    menjadi kebiasaan dah......xpatut

    ReplyDelete
  3. bawah umur..suka sama suka pun kira rogol..adoii masak lelaki tu..

    ReplyDelete
  4. huh ... tak tau la nak kata apa.. sebab parents dia diam ja.. kalau parents kak ...mau kena pancung kepala dh nie...

    ReplyDelete
  5. ya ALLAH. Ni dh ketagih seks ni. minta dijauhkan. amin..

    ReplyDelete
  6. ya allah
    lebih 20 kali ? hmm...nasib baik kakaknye prihatin.

    ReplyDelete
  7. anyway, sdh like gambarnye :)

    ReplyDelete
  8. astagfirullahh
    20kalii
    umm ,, maybe dhaa terlampau sygg .
    takod nyeeee terjadik at dry sndry =='

    ReplyDelete
  9. 20 kali dah jadi kebiasaan la tu..macam suami isteri pulak dah..ekeke :p

    ReplyDelete
  10. ni bukan dah jadi bubur dah ni..terlebih air dah ni..semoga mereka insaf..mcm2 budak zaman skang ni..

    ReplyDelete
  11. klau 20x tu sendiri mau ingat laa, huh...

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!