Yuna terkilan lagu Penakut di tarik balik kemenangan AIM 18

Berita kurang menyenangkan buat peminat Yuna apabila lagu penakut ditarik semula kemenangannya di AIM 18 baru-baru ini..Yuna mengesahkan ...


Berita kurang menyenangkan buat peminat Yuna apabila lagu penakut ditarik semula kemenangannya di AIM 18 baru-baru ini..Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18).

Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya.



“Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, akhbar melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.

Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).

Bagaimanapun penyanyi dan komposer muda ini, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.


nampak sgt kelemahan penganjur..kerana kelemahan ia bukan sahaja memalukan artis berkenaan malah memalukan mereka yang terlibat secara langsung dengan AIM18..Event dah lama lepas, tapi sekarang baru nak tarik balik? Whatever la, janji Yuna still no. 1..


You Might Also Like

17 insan comel komen

  1. ntah apa2..

    xlyk jd juri gtu..jap bg,jap tarik..

    ReplyDelete
  2. errrr..sangat malu...kesian Yuna..

    ReplyDelete
  3. tapi lagu penakut by yuna memang terbaik ah :)

    ReplyDelete
  4. tak patut nih.....

    BURUK SIKU LA WEI

    dah bagi hadiah ambik balik.....

    ReplyDelete
  5. xbaik btol.dh bg award pstu ambil blek.memalukan artis dan plg truk pihak penganjur

    ReplyDelete
  6. sian kat yuna kan?kan?sepatutnya yang lepas tu..biarkan lepas la kan?hmm

    ReplyDelete
  7. yuna tetapp the bestttt

    ReplyDelete
  8. singgah blog retis jap....huhu
    xde rezeki si yuna tu apa bole buat...nasib baik la atok x minat dia...haha

    ReplyDelete
  9. tak patut betul ade kesilapan macam ni..huhu..banyak effect atas kesilapan ni

    ReplyDelete
  10. kesilapan yg perlu dipastikan xkn berulang....erm kesian yuna.

    ReplyDelete
  11. nampak sgt kelemahan penganjur..event dah lama lepas, tapi sekarang baru nak tarik balik? Whatever la, janji Yuna still no. 1.

    ReplyDelete
  12. malu malu malu..xtau lak pasal ni..tapi wanie suke anuar zain lagi..hehehe

    ReplyDelete
  13. walaupun mcm tu yuna tetap cool..:)

    ReplyDelete
  14. ape laa AIMnie.. mmg saje je..

    ReplyDelete
  15. eh xtahu lak huhu..sabar jelah mcm2..hal retis ni,

    ReplyDelete
  16. kesian kan.w/p mas tak minat,tapi tak patut ditarik balik.xperla yuna lagi murah rezeki dlm n luar negara.lalala

    ReplyDelete
  17. anugerah artis lain tu taknak cek sekali ke? mane la tau tersalah kira juga.. keh keh..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!