kata-kata hikmah
6 Perkara Seseorang Mengumpat!
10:00:00 PMImam al-Ghazali ada menyebut 6 perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat: 1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemara...

Imam al-Ghazali ada menyebut 6 perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain.
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan 3 perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah:
a. Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar
b. Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang
c. Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela
kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.
Selamat Beramal~~
Azizah green line
A wife..mother..nurse. online seller..All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
1 insan comel komen
follower ke 888
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!