Info mengenai susah tidur/insomnia

Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperl...



Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4 – 5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.

Gejala-Gejala

* Kesukaran untuk tidur.
* Tidur yang putus-putus atau resah.
* Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
* Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
* Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.

Apa Yang Kalian Harus Buat?

1. Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa.

2. Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.

3. Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.

4. Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari.

5. Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur.

6. Senam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum masuk tidur.

7. Jika kalian tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil kalian dan duduk di bilik yang lain sehingga kalian terasa mengantuk.

8. Baca sebuah buku yang membosankan.

9. Dengar muzik yang lembut.

10. Runding dengan doktor kalian, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau mengganggu aktiviti harian kalian.

11. Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang doktor.

Apa yang boleh dilakukan oleh doktor?

1. Memeriksa kalian dan mengenalpasti punca masalah.
2. Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai.
3. Ubat tidur, jika perlu.
4. Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri. Dengan gaya hidup yang sihat dan jangan kehilangan tidur kerana memikirkan ketidakupayaan untuk tidur.



You Might Also Like

5 insan comel komen

  1. dtg bace.. hihih.. sy bukan insomnia.. tapi tadi dah tertido.. so tak ngantok lagi~ hehhe

    ReplyDelete
  2. dni ado penyakit cepat tdo hehehe

    ReplyDelete
  3. @nurul~ hahaha..tu la tertidoo lagi..kan susah nk tdo balik...

    @kak dni~ hahaha kak dni mesti kaki tidoo kan..hehehe

    ReplyDelete
  4. :yaya ade skit 2 jugak..mlm yaya x tido smapai kol 5 mandi n terus g kol 6 terus g sch...ptg x tido pulak..hehe

    ReplyDelete
  5. sye sgt ssh nk tdo..sometimes kol 6 pg pown xtdo lg.n sometimes xtdo tros n terus g klas..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!