♥eCINTA
Mengapa LELAKI sukar melafazkan MAAF?
5:00:00 PMSesetengah orang lelaki sukar menuturkan kata maaf. Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh lelaki, namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah kepada pasangan sendiri.
Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi – Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah. Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf. Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasanganya sendiri.
Memperlihatkan Kelemahan Diri – Selain faktor ego yang tinggi, memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan dirinya secara terang-terangan. Kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki. Bagi sesetengah lelaki, meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri. Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki.
Tidak Suka Mengaku Kesalahan – Ada segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan. Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka, lelaki pula bersikap sebaliknya. Golongan ini kadang-kadang bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah.
Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata-Kata – Enggan memohon maaf secara terbuka, ada sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan. Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka. Pemberian hadiah berupa bunga coklat, barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah interpretasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan.
Bimbang Maaf Tidak Diterima – Juga ada segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang kemaafannya tidak diterima. Justeru, tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf. Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya. Malah, mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana, bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut.
Terima Kasih membaca..
6 insan comel komen
Betol tu. Semua yang kat atas tu memang betol .
ReplyDeletex pndai mnx maaf la.. haha.. rasa aneh bila mnx maaf., tu msk dlm kategori ego tggi ke?
ReplyDelete.lelaki ada ego yang tersendiri , tapi jika dia ad buat salah , mesti dia yang minta maaf , tapi mas taw bukan semua lelaki yang perangai sebegini , mcm mas cakap laa ( :
ReplyDelete.post entry dari mas :
http://www.masahmadsafwan.com/2011/04/kenapa-wanita-suka-text-pendek.html
@myung ~betul kan...jijah pon rasa betul sgt2..bagus..myung jujur..terima kasih :)
ReplyDeletenazrul~ mgkin ego nazrul tak tinggi cuma tak pandai nak mintak maaf je kot...mgkin malu?? emm
ReplyDeletemas~ yalah bukan semua...hanya segelintir je yang buat camni....susah sikit nak mgaku kesilapan dan mintak maaf...
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!