Pantang Larang Bakal Pengantin

lagi 11 hari je lagi daku akan bertukar status hujung minggu depan. sedar tak sedar dah dewasa jugak lah daku ni. emm rasa macam tak...





lagi 11 hari je lagi daku akan bertukar status hujung minggu depan. sedar tak sedar dah dewasa jugak lah daku ni. emm rasa macam tak caya jer. hehehe

di sini daku ada sediakan pantang larang buatnya di mana daku ada terbaca dalam sebuah majalah ni. tak ingat nama nya. sekadar berkongsi ilmu dan mungkin daku pon boleh praktikkan nanti. hehehe

Pantang Larang Bakal Pengantin


  1. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  1. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
  1. Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  1. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
  1. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
  1. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  1. Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
  1. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
  1. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
  1. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  1. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  1. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
  1. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  1. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
  1. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
  1. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
  1. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
  1. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  1. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  1. Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
  1. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  1. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
  1. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
  1. Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
  1. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
  1. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
  1. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  1. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  1. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  1. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
  1. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  1. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
  1. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  1. belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
  1. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
  1. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
  1. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
  1. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
  1. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
  1. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  1. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  1. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.



Percaya atau tidak terpulanglah kepada kalian. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya dan ada juga daku percaya kerana mak daku selalu juga cakap pasal pantang larang ni.





Selamat Beramal ^^

You Might Also Like

32 insan comel komen

  1. wah wah..hihi

    no 10 kena jaga..hee

    ReplyDelete
  2. banyak juga pantang larang ea...ades...huhuhu..

    ReplyDelete
  3. banyaknya pantang.......

    no 29 tu ada lg ke org buat yer? :P

    ReplyDelete
  4. @ujang9897~ haha baca2..dan ingat..kihkihkih byk ni pantang larang..

    @moon~ nak kawin kan..mesti la serba serbi pantang..darah manis katakan..

    @n.asha~ akak jijah?? tahun depan lor..kuikuikui

    @padlie~ tu tak tahu lah..kalau boleh jgn buatlah.hehe

    ReplyDelete
  5. mak aihhh..
    byknya pantang larg.. hehehe..
    nie bila nak kawin cik jijah oi~ :)

    ReplyDelete
  6. @miszy dian~ banyak2...t senang nak kawin t amalkan..hehe

    bile..emm tah..masih myimpan duit..wink2..

    ReplyDelete
  7. mai aii banyak nye jgn.jgn dan jgn..
    mampu kah Nisha??? tttteeeettt...

    ReplyDelete
  8. banyaknyaaaa. jenuh nak menjaga. hihih :)

    ReplyDelete
  9. hahaha.. nak kesihatan baik masa malam pertama kan..kenalah amalkan..wink2..

    ReplyDelete
  10. @nuyui a.k.a miss YUI banyak sgt2. ingat nak akwen senang. ekeke :p pantang larang pon banyak.

    ReplyDelete
  11. tak caye pantang larang..heeee..banyak sangat ni, cik jijah ikut eh?yang buat baju tu kelakar je..haha

    ReplyDelete
  12. nak nikah dah ke?selamat pengantin baru ye..hehe..pening banyak sangat petuanya..keke

    ReplyDelete
  13. time akak mas thn lepas,part hal ni la mas yang dok khusyuk baca kat kertas..hahaha..i like petua2 n tips macam ni w/p xkawin lagi.hahaha

    ReplyDelete
  14. banyak kot..rasenye bukan lempar baju jijah..lempar pakaian dalam rasenye..xtahu lah betul ke x.

    ReplyDelete
  15. tahniah jijah ku cayunk!! dah siap sume persediaan lum? =)

    ReplyDelete
  16. @Azhafizah[フィザ] pakaian dalam???????? ah tidaaaaaakk! hahaha malu jer.

    ReplyDelete
  17. @Khumaera Ismail aka Habibi Hamid Alhamdulilah takat ni 80% hampir siap sis :)

    ReplyDelete
  18. cik jijah..tahniah yea..preparation ok x? Diela a week after u pulak.hehe.
    tp skrg Diela cam emosi tak stabil la cik jijah.maybe pk yang bukan2 sgt kot kan.neway hope cik jijah pye majlis berjalan lancar ye....tahniah in advance yang

    ReplyDelete
  19. @dilla nadila tahniah jugak yunk. sama lah makin nak dekat ni makin beremosi pulak..hehe :p

    ReplyDelete
  20. hehehe dni akan try pantang larang ni

    ReplyDelete
  21. byknya pantang larang..haha..

    ;)

    ReplyDelete
  22. @Ardini Humaira lagi seminggu kak dni! amalkan tau! hehe

    ReplyDelete
  23. @Juliet_iRa~" tahu xpe. ingat nak akwen senang? ekeke :p

    ReplyDelete
  24. yang nak cukupkan tidur tu susah sbb asal nak tidur je,mesti berangan dulu..:)

    ReplyDelete
  25. @Azzah yeker..alamak. payah nak berangan ni. hahaha

    ReplyDelete
  26. salam cik azizah, bagus info2 ni.he..
    cuma pantang larang terakhir, yg lempar baju atas bumbung tu,just for sharing ye, dari pembacaan saya syirik jika percaya dan dibuat..kerana kita menggunakan baju (ada sesetengah guna payung) sbg perantaraan utk elakkan hujan turun. Nasihat seorang ustaz (maaf sy lupa ustaz apa), tips2 nya adlh bykkan solat sunat dan hajat minta segalanya dipermudahkan pada majlis nanti..wallahu'alam. sekadar berkongsi apa yang telah dibaca :)

    ReplyDelete
  27. @Iwanis A.m.d. no hal yunk..inilah gunanya saling bertukar pendapat..maceh yer atas nasihat :)

    ReplyDelete
  28. sama2..he..sy pn x de reti sgt bab2 ni.sharing is caring ^^

    btw salam kenal dari Perak B2B untuk cik jijah.hee

    ReplyDelete
  29. menarik tak tau ade petua macam nie...

    ReplyDelete
  30. as salam kak jijah..nk kongsi ilmu ni kt blog ye..thanks a lot..=)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!