Victoria Beckham idam anak perempuan pula

SELEPAS beralih karier kepada rekaan fesyen, Victoria Beckham sudah semestinya memiliki pakaian yang sesuai untuk semua keadaan. T...


KELUARGA BAHAGIA...Victoria, Beckham dan tiga anak mereka.

SELEPAS beralih karier kepada rekaan fesyen, Victoria Beckham sudah semestinya memiliki pakaian yang sesuai untuk semua keadaan.
Tetapi jika dia berusaha untuk menyembunyikan perutnya yang semakin membesar, usahanya itu mungkin sia-sia.

Victoria yang sudah enam bulan hamil dengan anak keempatnya, memilih pakaian besar daripada koleksi VB miliknya sendiri ketika dilihat di Lapangan Terbang Los Angeles.

Bekas anggota Spice Girls berusia 36 tahun itu sebelum ini pernah mengaku dia menganggap lapangan terbang itu sebagai ‘landasan fesyennya.’ Dia dijangka melahirkan anak perempuan Julai depan.

Dia dan suami, bintang bola sepak, David Beckham, mempunyai tiga anak lelaki - Brooklyn, 12, Romeo, lapan dan Cruz, enam.

Pasangan itu, bulan lalu, mengesahkan mereka menanti kelahiran anak perempuan selepas berminggu-minggu buat spekulasi.

David menceritakan kegembiraan mereka mengenai anak yang bakal dilahirkan itu menerusi rancangan sembang, Jimmy Kimmel baru baru ini.

“Kami sudah mempunyai tiga anak lelaki dan begitu teruja untuk menanti seorang lagi. Pada pengimbasan kali pertama, kami diberitahu ia lelaki. Saya, Brooklyn, Romeo dan Cruz gembira. Tetapi Victoria kelihatan seolah-olah berkata: ‘Ahh!, seorang lagi lelaki dalam rumah ini.”

“Mungkin baginya, sudah terlalu ramai lelaki di rumah kami. Apabila melakukan pengimbasan kali kedua, mereka memberitahu, ia mungkin anak perempuan. Kami bertambah gembira. Dan pada pengimbasan ketiga, mereka pasti ia anak perempuan. Seluruh keluarga sunguh seronok,” kata Beckham,

Menurutnya, ketika diberitahu anak itu lelaki, Romeo mencadangkan adik yang akan dilahirkan itu kelak di namakan Justin Bieber.

Tetapi, selepas disahkan ia perempuan, anaknya mencadangkan nama Justine Bieber Beckham.

Sementara itu, pasangan suami isteri itu tidak mempunyai masalah mencari nama untuk anak lelaki mereka, selagi ia tidak mempunyai nama tradisional seperti John, Peter atau David.

Begitu juga dengan nama anak perempuan, mereka enggan memilih nama biasa.
Victoria dikatakan bercadang menamakan anak yang bakal dilahirkan itu Luna, yang beerti bulan dalam bahasa Sepanyol.

Dia pernah berkata pada 2004: “Saya sukakan perkataan Luna. Saya tahu ia nama bayi perempuan - mungkin untuk bayi saya yang berikutnya.”

Sejurus selepas Cruz dilahirkan, rakan sepasukan Beckham dalam pasukan England , Frank Lampard dan teman wanitanya ketika itu, Elen Rivas menamakan anak perempuan sulung mereka dengan nama itu.

Terdapat juga laporan mengatakan Victoria berhasrat menamakan anak perempuannya Coco - sempena nama pereka fesyen Perancis - tetapi membatalkannya selepas ketiga-tiga anak lelakinya menggunakan nama itu untuk haiwan peliharaan mereka. - DM



You Might Also Like

7 insan comel komen

  1. xde anak pompuan tu... hehe...bab tu idam anak pompuan..

    ReplyDelete
  2. geminigurlzhaah tgk la dia da 3 anak laki..biar lah gurl pulak kan..hee

    ReplyDelete
  3. entry terbaru dekcik singgah lah..
    http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/04/kemalangan-yang-berlaku-disepanjang.html

    ReplyDelete
  4. ha ah... nanti ade juga kawan die... mesti ketiga2 anak lelaki die men bola ngan bapa die...hehe

    ReplyDelete
  5. geminigurlzmestilah anak beckham lelaki pon sume da besar2 kan..

    ReplyDelete
  6. kalo ado anak pempuan jangan kasi berdiet cam mak dia haha

    ReplyDelete
  7. ardinihumaira hahaa haah victoria kurus yg amat..hehe tapi untung la ade jugak 4 anak..heheh

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!