Nadia Mustafar diarah bayar RM50,000 kepada Lisdawati

Selepas enam tahun bertelingkah, kemenangan akhirnya berpihak kepada pelakon, Lisdawati apabila rakan artis, Nadia Mustafar diarah oleh M...



Selepas enam tahun bertelingkah, kemenangan akhirnya berpihak kepada pelakon, Lisdawati apabila rakan artis, Nadia Mustafar diarah oleh Mahkamah Sesyen di sini, supaya membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepadanya berhubung artikel fitnah mengenai kegagalan menjelaskan hutang di majalah Media Hiburan.



Hakim Yong Zarida Sazali turut memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian kes dan kos mengikut skala.

"Selepas meneliti hujahan dan keterangan pihak-pihak, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif (Lisdawati)," katanya.

Lisdawati dan Nadia bagaimanapun tidak hadir pada prosiding semalam dan mereka diwakili peguam masing-masing iaitu Sangeet Kaur Deo bagi Lisdawati manakala Nadia pula oleh Siti Julaini Mohd. Shahar dan Mohamed Lusfi Yaakob.

Pada 21 April lalu, Lisdawati memfailkan saman terhadap Nadia kerana mendakwa mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap dirinya.

Berdasarkan pernyataan tuntutannya, Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 33, mendakwa Nadia dengan niat jahat memberikan wawancara mengandungi perkataan memfitnah kepada wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.


LISDAWATI



Hanif tidak dipanggil sebagai saksi kerana telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Wawancara itu didakwa berlaku sekitar Januari 2005 dan Lisdawati mendakwa, majalah itu menyiarkan artikel berkaitan pada 8 hingga 14 Januari 2005.

Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu mendakwa, dalam erti biasa, artikel itu antaranya bermakna dan difahamkan bermaksud dia meminjam wang, berhutang dan gagal menjelaskan hutang yang dikatakan itu kepada Nadia.


punya la lama kes ni. sekarang baru berjaya di selesaikan. bahaya betol artis ni.. salah sikit semuanya nak saman. duit duit..


You Might Also Like

7 insan comel komen

  1. akhrnya settle gak..

    lama benor nak tamat.

    ReplyDelete
  2. betul tue...hihihi banyak dapat rm 50,000 kayo lisda....

    ReplyDelete
  3. GILE LA RETIS SEKARANG NI KAN..... SANA SINI SAMAN...~

    ReplyDelete
  4. kena bayar nak buat camne??

    nanti buat rayuan pulak...tunggu le 100 tahun lagi baru selesai....
    macam kes anwar

    ReplyDelete
  5. WuMing suka tengok lakonan Nadia.. Cantik..

    Tapi pasal hal peribadi dia.. kurang tau...

    ReplyDelete
  6. sebelum ni kata dah menang kes ni..ermm...

    ReplyDelete
  7. grr...2005 punya kes ke? lama betul dah 6 thn dh kes ni~

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!