Koleksi Petua Untuk Anak Dara

Di dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk anak dara yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, mena...


Di dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk anak dara yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ia juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

BANGKIT BERSAMBUT
Sebelum tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

WAJAH SUCI
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

MENYEGARKAN PAYUDARA
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

TAMAN SEMERBAK MEWANGI
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

LUBANG JARUM
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

SUARA PERINDU
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

MENGURUT PANGKAL BUNTING PADI
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’, setelah berkahwin nanti.

PAYUDARA MONTOK
Elakkan dari meniarap di atas lantai, sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara kalian.

Selamat Beramal

You Might Also Like

4 insan comel komen

  1. petua untuk anak2 dara.
    berguna nih.

    ReplyDelete
  2. cik fza~ sangat berguna yunk! jom amalkan :D

    ReplyDelete
  3. Nice one. Hahaha~ tapi yang 1st tu pun tak amalkan. Sebelum tidur mesti cik Yana terus terjun menelentang atas katil. Pastu bile bangun, merangkak pelan2 sampai hujung katil sebab malas bangun. Hahaha~ tapi still tak gune tangan nak bangun. Hahaha~

    Entry terkini: Hadiah dari Johor dah sampai. Thanx cik Ailyl :)

    ReplyDelete
  4. cik yana~ aduh lawaknya...ni mesti kes malas nak bangun ni kan..hehee

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!