Tiga virus serang Kem Pusasda[Adenovirus,HINI,Leptospirosis]

PELATIH perajurit muda tentera memakai topeng mulut beratur bagi menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Por...

PELATIH perajurit muda tentera memakai topeng mulut beratur bagi menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson semalam.



PORT DICKSON - Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan beberapa pelatih konstabel polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Teluk Kemang di sini disyaki dijangkiti tiga virus berlainan iaitu Adenovirus, Influenza A (H1N1) dan Leptospirosis.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 10 pelatih di Pusat Latihan Polis Port Dickson yang menjalani latihan di Pusasda itu disyaki dijangkiti virus berkenaan.
"Daripada jumlah itu seramai tiga pelatih konstabel polis disahkan positif dijangkiti Adenovirus, seorang positif Leptospirosis dan empat lagi pelatih positif H1N1.
"Lima orang lagi perajurit muda tentera pula mengalami demam kerana suhu badan melebihi suhu 38 darjah celcius," katanya ketika melakukan lawatan mengejut ke pusat latihan berkenaan semalam.
Menurut Ahmad Zahid, wabak terbabit mula dikesan pada 30 Mac lalu apabila seramai 38 orang pelatih di pusat latihan itu jatuh sakit sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson (HPD).
"Kelmarin selepas ujian saringan awal dilakukan pihak hospital mengesahkan bahawa lapan pelatih berkenaan disahkan dijangkiti tiga virus terbabit.
"Semua mereka yang disyaki dijangkiti virus berkenaan kini dirawat di HPD menakala para pelatih yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti pula diasingkan di satu blok khas," ujarnya.
Jelasnya, ekoran masalah virus itu, para pelatih di pusat latihan berkenaan diberi cuti selama tiga hari bermula semalam manakala latihan untuk pelatih perajurit muda diteruskan.

sumber : kosmo

You Might Also Like

3 insan comel komen

  1. oleyh itu . marilah kte beramai2 mnjage ksihatan kte . ok :))

    ReplyDelete
  2. oleyh itu . marilah kte beramai2 mnjage ksihatan kte . ok :))

    ReplyDelete
  3. iluvusomuchlorh~ yap..sma2 kita menjaga kebersihan diri kita....pakai mask untuk protection

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!