3 pelatih polis positif adenovirus

selamat pagi......... hari ni daku nak mulakan keje sebagai seorang jururawat dengan penuh semangat! aik...macam sebelum ni tak semangat ...


selamat pagi.........

hari ni daku nak mulakan keje sebagai seorang jururawat dengan penuh semangat! aik...macam sebelum ni tak semangat pulak..ekeke

berita terkini mengatakan semakin penambahan virus adenovirus.. dan 3 pelatih polis positif adenovirus tu daku kenal...ekekeke...sian kan dia..


PORT DICKSON: Tiga daripada 18 pelatih Kursus Asas Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2011 yang menjalankan latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, dan dimasukkan ke Hospital Port Dickson (HPD) sejak minggu lalu, disahkan dijangkiti Adenovirus.


Seramai 10 pelatih lagi dipercayai menghidap virus sama berikutan simptom yang ditunjukkan manakala seorang pelatih disahkan dijangkiti virus Leptospirosis (kencing tikus) dan empat pelatih lain disyaki Influenza A (H1N1).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sejak 30 Mac lalu, seramai 30 pelatih dimasukkan ke HPD, namun 29 daripadanya dibenarkan keluar selepas pemeriksaan mendapati mereka bebas daripada virus berkenaan. 

Beliau berkata, sehingga semalam, hanya 18 pelatih berusia antara 18 hingga 21 tahun berada di HPD kerana tiga daripada mereka dijangkiti Adenovirus dan seorang Leptospirosis, manakala selebihnya mempunyai simptom Adenovirus serta H1N1. 

"Seramai 14 pelatih termasuk lapan perajurit muda yang mengikuti latihan di PUSASDA kini dikuarantin di blok khas yang disediakan di pusat latihan itu kerana mengalami simptom tiga virus berkenaan," katanya pada sidang media di PUSASDA di sini, semalam. Hadir sama, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed. 

Semalam, akhbar ini melaporkan, seramai 18 pelatih Kursus Asas Konstabel PDRM Siri 1/2011 yang menjalankan latihan di PUSASDA dimasukkan ke HPD sejak 26 Mac lalu dipercayai dijangkiti empat virus iaitu Leptospirosis, Adenovirus, demam denggi dan kes Influenza Like Illnes (ILI) selepas demam panas berlarutan. 
Buat masa sekarang, seramai 3,138 pelatih termasuk 2,138 perajurit muda sedang mengadakan latihan di pusat latihan itu sejak awal Januari lalu menerusi Strategi Lautan Biru iaitu jalinan kerjasama antara PDRM dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Ahmad Zahid berkata, pemeriksaan di kawasan pusat latihan itu mendapati ia bersih dan pihaknya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan menyiasat dari mana punca pelatih mendapat virus berkenaan. 

"Pemantauan teliti sedang dijalankan di seluruh pusat latihan ini, manakala semua latihan polis dihentikan selama tiga hari mulai kelmarin," katanya. 


You Might Also Like

2 insan comel komen

  1. takut je kan masa ni.
    gerun pon ada.

    mmber ciksu masa tu tgh training kat pulapol jln semrak.
    alhamdulillah selamat.dah selamat jadi pegawai pon :)

    ReplyDelete
  2. @QasehnyaRania masa tu mmg hebat di perkatakan adenovirus ni..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!