5 Fakta Untuk Anda Percaya atau Tidak

Selamat Tengahari ^^ 5 Fakta yang anda perlu tahu. 1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbo...


Selamat Tengahari ^^


5 Fakta yang anda perlu tahu.


1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen. Tu pasal bila makan satay pasti ada timun atau bawang sebagai lawannya.




2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.




3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah,
"Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak".
Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.






4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.



Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA,



Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.



Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.


Sekian....


You Might Also Like

16 insan comel komen

  1. oi mak aiii..

    bahaya sungguh..

    shampoo guna rejoice/pantene..

    bwg tu jrg..

    maggie xleh mkn,t tros skit prot+muntah2..

    satay kompem nak kena ada gak timun/bwg..

    yg vitamin tu,erk..

    ReplyDelete
  2. wow.. lepas ni kena lebih hati2 la.. dasyat btul zaman sekarang punya produk

    ReplyDelete
  3. yg bawang goreng tu btol ke? huhu

    ReplyDelete
  4. arigatou jijah.. nice sharing info ^^

    *nsib baik sy suka mkn timun yg diorg bg skali dgn satay tu, huh...

    ReplyDelete
  5. dan hati2 juga ketika membeli makan bergoreng kt pasar malam o len2...kekadang KEMUNGKINAN guna straw untuk rangupkan makanan itu...macam bawang goreng tuhhh.. :)

    ReplyDelete
  6. thanks bg info, tp pasal shampoo tu mmg mengejutkan!

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana berkongsi..sebelum ni yg fiza tahu pasal satay n shampoo je..banyak lagi rupenye yg ade risk..ish..-_-'

    ReplyDelete
  8. @Azhafizah[フィザ] sebenarnya kat luar sana banyak benda berisiko tinggi untuk di makan cume kita sedar tak sedar je. dan tahu tak tahu je..ape2 pon selamat beramal ^^

    ReplyDelete
  9. pasal shampoo tu tak penah tau..yang maggi tu dah tau tapi still amalkan..huhuhu..

    ReplyDelete
  10. betul ke ni?..agak2nya berapa kali dah kita dok buat semua tu...huhu..nice info to sharing...

    ReplyDelete
  11. @Khairil hish tak terkira banyaknya..hehe selamat beramal ^^

    ReplyDelete
  12. bgs la menda ni. maceh kongsi info. ;)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!