Pengakuan Kakak Norman Majlis Resepsi RM12juta di Kritik Chef Wan

Seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai ahli keluarga dan kakak kepada Norman Hakim, tampil untuk membela adiknya itu dari terus dikec...


Seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai ahli keluarga dan kakak kepada Norman Hakim, tampil untuk membela adiknya itu dari terus dikecam pelbagai pihak ekoran majlis resepsi perkahwinan pasangan Norman  & Memey Suhaiza yang ditaja pihak Rafflesia Pearl Centre (Rafflesia) baru-baru ini.


Wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai ‘Norish Zaid’ berkata, kritikan pedas oleh Chef Wan terhadap majlis resepsi adiknya itu agak keterlaluan dan beliau menafikan hampir semua pandangan selebriti masakan itu. sila baca entry INI.


“Personally I felt a number of Chef Wan’s statements were a little bit too much. (Secara peribadi, saya merasakan beberapa komen Chef Wan sebagai agak keterlaluan)

“Especially ‘menyifatkan gaun yang dipakai Memey seolah-olah baru keluar dari mesin basuh & Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun. Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.’ IS ACTUALLY TOO MUCH” katanya.

Menurut Norish, mereka dan pasangan tersebut dilayan dengan baik oleh pihak penaja dan Rafflesia dari awal lagi memaklumkan bahawa majlis berkenaan sememangnya bertujuan untuk mempromosikan industri mutiara negara dan perkahwinan itu ke seluruh dunia.


“We & They were actually served very well by Rafflesis’s group etc throughout the whole wedding preparation – In a Royal Suite for a couple of days & nights, no such thing as ‘diorang kena telanhjang terus, laa…!!!’….Rafflessia’s crews were all NICE PEOPLE specially selected to be the main SPONSORS…all the suits were taken care of perfectly well by the crews + the specially hired guards.

“I (as a concerned sister & as critical minded as chef wan—or may be more) had observed & analysed it myself…& we (family) were also made known earlier that the 12million is not actually for them, (kan dah buat completely dah 3 hari 3 malam di Tenggaroh) but for the WHOLE CEREMONY which is actually aimed to promote Malaysian Pearl Industry & Wedding to the whole wide world” katanya lagi.

Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sebelum ini meluahkan rasa kesalnya terhadap majlis resepsi perkahwinan pasangan Norman dan Memey yang dikatakan bagaikan model di majlis mereka sendiri.


Selebriti terkenal itu berkata di laman Facebook miliknya, Chef Wan Fan Club, meskipun majlis yang menelan belanja sebanyak RM12 juta itu berlangsung dengan jayanya namun kedua pasangan pengantin baru itu hanya berperanan sebagai peragawan dan peragawati di majlis itu.


Kakak Norman itu turut menyelar pihak yang memandang negatif terhadap usaha tersebut yang cuba mempromosikan barangan Malaysia.


Beliau juga melihat kritikan yang dilemparkan kepada adik dan adik iparnya sebagai datang dari hati yang kurang senang ke atas mereka.


“Norman & Sweet Memey r selected as their embassy after a number of job done & good record performed to this company long b4 this —tak salah kan? To help promote Malaysia? (see— MALAYs ..stop NEGATIVITY & jealousy-correct ur mind set, please!!!…(..or u r one of them after u’ve gone so far?” ujarnya mempersoalkan pihak yang mempertikaikan majlis tersebut.

Selain itu, Norish turut menjelaskan bahawa majlis tersebut sebenarnya dimulakan dengan bacaan doa yang diadakan di bilik suite hotel berkenaan sebelum majlis dengan Rafflesia dilangsungkan.


Beliau juga menyatakan bahawa majlis Khatam Al-Quran, solat hajat dan bacaan doa selamat turut diadakan pada majlis perkahwinan asal pasangan tersebut yang berlangsung selama tiga hari tiga malam di rumah keluarga masing-masing sebelum ini.


Dalam satu komen berasingan, Norish juga memberitahu bahawa tiada sebarang lagu gereja dimainkan pada majlis perkahwinan adiknya itu sebaliknya yang ada adalah lagu rentak perlahan yang dinyanyikan kumpulan koir yang disertai sebahagian besar anak-anak Melayu.


“Correction-lagu tu, bukan lagu gereja….ahli choir tu, majority anak2 melayu kita dari satu club choir—- lagu2 tu, memang begitu syahdu & sedap (takkan nak nyanyi rock atau dangdut)….munkin Chef Wan nak lagu nasyid kot? atau tak pernah dengar Choir , kot? Dia hanya ingat choir hanya di gereja?,” jelasnya.

Norish turut meminta Chef Wan sebagai ‘orang tua’ dan bertaraf ‘bintang’ terkenal agar berfikiran bijak serta matang dalam membuat pertimbangan, bersikap positif serta terbuka di dalam memberikan pendapat kepada umum.


rasa jambu Norman pakai gini. hahahaha ^^

sumber:mynewshub


susah nak cakap statement ni betol ke tak kan. hanya orang yang disekeliling ni tahu ape yang berlaku.senang cerita tak payah la kahwin bermegah-megah. ape yang dikatakan walimatulurus ni yang berpandukan konsep Islam bukan fesyen tajaan bagai ^^.

You Might Also Like

16 insan comel komen

  1. Bukan soal lagu gereja ke tak, soalnya ciri-ciri majlis tu dah macam majlis kristian.Kate Middleton masa nikah di gereja pun pakai lagi sopan.

    ReplyDelete
  2. meluat ah baca cite depa ni.hahha

    ReplyDelete
  3. sokongggggggggggggggggggg sis jijahhhhh. ni la dehhh. kawin lah mahal mahal. sok susah pulak takde duit

    ReplyDelete
  4. nape lah tak cari artis lain je kan..yang takde kontroversi..takde lah orang nak kutuk sane sini..cari artis yg biase2 pun ok..kalau sponsor nabil ke kan..takde kot org nak kutuk bagai..hehehehe..nabil lagi..tak sudah2..

    ReplyDelete
  5. setuju sekali ayat jijah yg last tu. Ini bukan pasal jeles, tapi pasal keterlaluan sangat. Tak boleh ditegur dah ke? adehhhh.....meleis...meleis...

    ReplyDelete
  6. entahh, biarlah asal dorang bahagia ahhaha

    ReplyDelete
  7. kesan dr majlis terlalu gilang gemilang memang la mcm tu.. ada yg suka & tak

    ReplyDelete
  8. Scarlett O'Hara: tu la pasal. sepatutnya kita bagi teladan kat org luar sana tentang majlis perkahwinan melayu.ni tidak..huhu

    ReplyDelete
  9. yana halim: chefwan sendiri bukan dapat tajaan.memang pkahwenan serina grand tapi serina kawen gan omputih..so mereka kena la buat perkahwenan untuk tatapan omputih gak bukan macam perkahwinan memey ni..huhuhu

    ReplyDelete
  10. dah x de ciri2 Islam pun. Yang lelaki ok lagi..yang perempuan tu....hancus.Kebanyakan artis2 kawin memang camtu pun..

    ReplyDelete
  11. perkawinan itu peryatuan antara suami istri dan ikatan biar menjadi halal..tak perlu bermegah2 ,takut riak takbur wujud pula..ermmm

    ReplyDelete
  12. tunggu la den kawen nanti..ada tak bro ben ashaari nak kritik.kahkahkah :D

    ReplyDelete
  13. aishh..nmpak mude lak si norman nih..kan huhuh..kena solek nmpak mude kot ^_^

    ReplyDelete
  14. shida'R: bukan nmpk muda sj. nampak jambu dan auuuuwwww :P hahaha

    ReplyDelete
  15. erk..xtau nak kata pa..

    huhu..

    org yg alami tau cmne kan..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!