Tidur Ramai Lelaki Rebut Gelaran Ratu X

Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin le...



Mahu cepat popular



Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.

Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.

Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.

Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.

“Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.


Astaga! kerana mahu popular sanggup gadai maruah. duhai adik-adik sedarlah..

You Might Also Like

11 insan comel komen

  1. budak2 zaman sekarang. haihh.. minta2 la kita dijauhkan dari perkara2 yg xelok.. huhu

    ReplyDelete
  2. benda paling bodoh untuk sorang pompuan... nak sangat rebut gelaran ratu di dunia... cubalah beramal untuk jadi ratu di akhirat kan lagi berbaloi... isk!!

    ReplyDelete
  3. hish!!...budak2 sekarang kena follow- up....kalau tak camni la..jadiknya....

    ReplyDelete
  4. Alahai.Tak senonoh betul.Kesihan kat mak bapak diorang.Moga Tuhan buka hati mereka untuk berubah :(

    ReplyDelete
  5. Alahai.Tak senonoh betul.Kesihan kat mak bapak diorang.Moga Tuhan buka hati mereka untuk berubah :(

    ReplyDelete
  6. ish3 ape la nak jadi..klu bukan islam tu boleh paham lagi, takde iman..hmm..

    ReplyDelete
  7. isy ape na jd la an...
    emmmmmmmmmm
    sdih btol....

    ReplyDelete
  8. isy ape na jd la an...
    emmmmmmmmmm
    sdih btol....

    ReplyDelete
  9. sedih kan anak muda zaman sekarang..rosak rosak!

    ReplyDelete
  10. mintak dijauhkan dengan semua ni :(

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!