kisah lawak
Kisah Malam Pertama
8:00:00 PM
Sepasang pengantin baru siap menjalani upacara persandingan.
Pada malam hari, saat suami masuk ke bilik, dia melihat isterinya telah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.
"Kesian bini aku. Penat rasanya ni."
Si suami berkata di dalam hati lalu mematikan lampu dan berbaring di samping isterinya.
Tiba-tiba isterinya berbisik penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa?"
"Sudah! Apa pulak laa bini aku ni?" Si suami bertanya dalam hati. Separuh malam dia termenung. "Oh, agaknya bini aku teringat kampung. Kesian! Sampai mengigau. Tak pelah. Biarlah dia tidur."
Malam kedua, adegan yang sama berlaku tetapi berlainan dialognya. "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" Berkatalah si isteri kepada suaminya.
"Siannya bini aku. Betul-betul rindu dengan kampung dia ni sampai mengigau 2 malam berturut-turut. Takpe. Besok aku tanya bapak. Mungkin dia ada jalan." Fikir si suami pula.
Ayah si suami terbeliak mata mendengar keluhan anaknya. "Aku hantar kau sekolah jauh-jauh, benda macam ni pun kau tak boleh faham?" Ayahnya kemudian menjelaskan sedikit sebanyak tentang sok sek sok sek alam perkahwinan dan malam pertama.
"Oh! Macam tu ke?!" Sengih si suami. "Baru paham. Tahulah apa nak buat malam ni!" Getus hati suami.
Malam itu, si isteri sudah dibawah selimut. Suami menunggu-nunggu si isteri untuk bersuara. "Lah! Kenapa senyap pula ni? Merajuk ke?" Dia kemudian memulakan bicara, "Dah lapar betul rasanya perut ni, boleh tupai datang merasa?"
Sunyi. Tiada balasan dari isteri. "Uishhh! Merajuk betul ni. Takpe, kita try lagi!"
"Kain pelikat dah disinsing ke tepi, boleh pak tani turun menyemai?" Pun masih tiada jawapan. Si suami sudah mula risau. Cuba sekali lagi.
"Juruterbang dah siap sedia, boleh pesawat turun mendarat?"
Sayup-sayup terdengar suara bisikan si isteri, "Maaf tuan, landasan baru sahaja banjir."
kahkahkahkah~~
19 insan comel komen
Ishh..dup dab dub dab bce entri ni.. XDDD
ReplyDeleteadeshh..sengal betul kan lawak neh
ReplyDeletehahahahahaha! kan dah terpakse tunggu seminggu pulakkkk :p
ReplyDeletewalaupun azzah dah kawen tapi memang tak faham lawak camni..
ReplyDeletekesian kat laki die,,uh a spe soh kureng pndai sgt..hehehe
ReplyDeleteHAHAHAHAHAHAHAHAHA!
ReplyDeletekan dahhhhhhh
haha.. tu la.. lelaki xboleh lembab. nnt menganga je la..
ReplyDeletekalau jijah pon tak paham ayat puitis bini die tu...kahkahkahkah
ReplyDeletemendalamnya kata2 bini dia...adehhhhh..^^..budak2 xle bca nie..hi3..;P
ReplyDeletehahhaa... frust la suami dia ea? :DD
ReplyDeletekisah hebat.. penuh muafakat.. tak gitu jijah.. hehe..
ReplyDeletehahahhaaaa.....pecah perut..
ReplyDeletelambat tangkap betul suami dia tu
wahahahhahahha!!! ada2 ja
ReplyDeletehaha terbaca habis pulak :)
ReplyDeletejiejah shida penah baca cite nih hehe..mmg lawak..sian bini dah keuzuran bru nk tnya2..caittt..!!
ReplyDeleteHAHAHA- dah pernah baca pun kisah ni..tp setiap kali bace mesti gelak- :P
ReplyDeletehahaha..aduyai..budak bawah umo terbaca la plak..muahahaha
ReplyDeletehaah ciplak dari facebook :) untuk sharing. lalalalala :p
ReplyDeletehaahahahaa
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!