Sunday, October 23, 2011

Mayat Gaddafi Di Pamer Di Pasar Raya


JENAZAH bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi (depan) dan anak lelakinya, Mutassim dipamerkan di dalam sebuah bilik sejuk beku di bandar Misrata, Libya semalam.



MISRATA, Libya - Jenazah Muammar Gaddafi yang masih berlumuran darah dipamerkan kepada umum di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar raya. Orang ramai semalam berbaris panjang untuk menatap jenazah bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu yang diletakkan di atas sebuah tilam di bilik berkenaan.

Pada mulanya, jenazah Gaddafi disimpan di bilik itu untuk mengelakkan daripada tatapan umum. Namun, orang awam berpusu-pusu tiba untuk melihat jenazah pemimpin yang mereka benci itu sebaik sahaja rahsia lokasi tersebut terbongkar.

Malah, untuk memudahkan orang ramai melawat arwah, pengawal-pengawal di premis itu menetapkan masa lawatan berasingan untuk keluarga dan lelaki bujang.

"Kami mahu melihat anjing ini (Gaddafi)," kata beberapa penduduk setempat.

Berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak turut tidak ketinggalan bergambar bersama jenazah bekas pemimpin Libya tersebut.

Jenazah Gaddafi dibiarkan terbujur dalam keadaan terdedah hingga ke paras pinggang dengan dada dan tangannya berlumuran kesan darah sebelum ditutup dengan sehelai selimut.

Kesan luka akibat tembakan turut dilihat pada dada, perut dan bahagian kiri kepala jenazah.

Turut diletakkan di dalam bilik sejuk beku tersebut ialah jenazah anak lelakinya, Mutassim Gaddafi.

Gaddafi meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dia ditangkap pejuang-pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) ketika cuba meninggalkan bandar kelahirannya, Sirte bersama pengawal-pengawalnya.

NTC yang memerintah Libya masih tidak dapat memutuskan bila dan di mana jenazah Gaddafi akan dikebumikan.

Penduduk di sini yang merupakan bandar paling teruk dibedil tentera Gaddafi dalam perang saudara sejak beberapa bulan lalu mendakwa jenazah Gaddafi adalah hak milik mereka.

Pertelingkahan itu menyebabkan rancangan untuk mengebumikan jenazah Gaddafi kelmarin terpaksa ditanguhkan.

Pemerintah tentera NTC di bandar ini juga tidak membenarkan pembedahan autopsi dilakukan keatas jenazah Gaddafi untuk mengetahui punca kematiannya.



ORANG RAMAI berbaris untuk menatap jenazah Muammar Gaddafi di sebuah pusat membeli belah di Misrata kelmarin.


cuak daku wei..ramai pulak berlumba-lumba nak tengok mayat Gaddafi. tak takut badi ke. hahaha

8 comments:

  1. ada jugak kata2 bawah cuak ek..kih kih kih.. memang cuak pun nasib gaddafi ni..

    ReplyDelete
  2. hihihi...betul tue..tak takut kena badi mayat...

    ReplyDelete
  3. huhu..sampai dipamerkan..sebab die kejam mase hidup kan..

    ReplyDelete
  4. ish dorang ni..tak patut betul buat camtu..siap nak pamer bagai..seksa mayat je..

    ReplyDelete
  5. sebab dia kejam dulu. tu yg ramai2 tengok wajah kebencian Gaddafi tu!

    ReplyDelete
  6. ish3 .. tak takut ke tengok..
    nanti malam dapat mimpi buruk .hehe

    Jom la singgah Blog Zakwan pulak :)

    ReplyDelete
  7. masa memerintah dia kejam pada rakyat , sekarang rakyat balas balik . rakyat kejam pulak kat dia . subhanallah

    ReplyDelete
  8. ainin: betol2.die sgt kejam pd rakyat. sekarang mmg rakyat nak tengok dia seksa hidup2 tapi sayang dapat die mati pulak. huhuhu

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!