kisah lawak
Kisah Lawak Doktor Sakit Jiwa
10:30:00 PM
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam.
Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya.
Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor :Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$??"
8 insan comel komen
haish..jijah ni..tak tido dok gelak ni ha..
ReplyDeletehaha..berlawak lak cik jijah sekarang..terbaik
ReplyDeletehuihuihi..
ReplyDeletekahkahkahkah sengal itu lelaki la!
ReplyDeleteboleh tahan sengal tu..
ReplyDeleteahhahahahahha klakar la.. hihi
ReplyDeleteaiyoyo T______T
ReplyDeletekahkahkahkah mmg sengal pon...alalala :P
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!