Majlis Pernikahan Nabil Raja Lawak dan Nazira Ayub

Alhamdulilah Nabil dan Zira sah bergelar suami isteri dengan 2 kali lafaz nikah pada jam 5.16 petang tadi. hehe puas la menghafal akad n...



Alhamdulilah Nabil dan Zira sah bergelar suami isteri dengan 2 kali lafaz nikah pada jam 5.16 petang tadi. hehe puas la menghafal akad nikah sebelum tu tapi terkena jugak 2 kali ye. hehe takpe asalkan SAH!






Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi.


Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.



kredit:ohbulan

Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding.


Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzam, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. 


Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.


Pasangan suami isteri ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam.


zira

zira

zira



gambar:rotikaya





Pelakon serta pelawak, Nabil yang ditemui sejurus selesai akad nikah memberitahu, salah satu faktor yang membuatkan beliau perlu melafaz akad sebanyak dua kali adalah kerana tidak dapat menyimpan perasaan gugupnya sebelum bergelar suami.

“Saya rasa berdebar semasa upacara akad nikah. Namun sekarang saya rasa gembira sangat kerana alhamdulillah, akhirnya saya dapat mendirikan masjid,” jelas Nabil yang tidak sangka sudah bergelar suami.




“Kami memang dah kenal lama kerana dia kawan kepada adik ipar saya. Tak sangka akhirnya saya kahwin juga dengan dia sebab dulu dia menyampah kat saya. Maklumlah, dulu dia kenal saya masa saya masih jadi mat dispatch lagi,” ujar Nabil berseloroh sambil dicelah oleh isterinya.

“Kami dah kenal lama, kira-kira enam tahun yang lalu. Walaubagaimanapun, tahun ini baru kami mula rapat. Saya suka dengan sifat dia yang kelakar dan suka mengambil berat. Saya juga boleh terima dan tak ada masalah dengan cara dia. Dia bukan selalu buat kelakar kerana bila dia serius, dia akan serius. Selepas dua, tiga kali keluar dan dah kenal hati budi masing-masing, akhirnya kami membuat keputusan untuk kahwin.”




Apabila ditanya kepada Nazirah apakah perkara paling kelakar yang pernah dibuat oleh Nabil untuknya, bekas pramugari Air Asia itu memberitahu, “Ada satu masa itu, kami naik motor sama-sama dan dia buat aksi ‘willy’,” jelasnya tersenyum.


Bercerita mengenai keistimewaan isterinya, pelakon filem ‘Lu Fikirlah Sendiri ini’ memberitahu, “Yang boleh buat kami rapat adalah kerana dia juga boleh bawa motor besar. Selain itu, dia juga boleh masuk dalam kehidupan dan cara saya,” jelas Nabil yang mengakui menggemari sardin goreng yang dimasak isterinya.



sumber:gua.com.my

Menyentuh mengenai soal berbulan madu dan perancangan anak, pasangan yang anggun mengenakan busana berwarna putih ini berkongsi, buat masa ini mereka masih belum merancang apa-apa lagi mengenai soal cahaya mata kerana ingin menumpukan terlebih dahulu kepada kehidupan sebagai suami isteri.

“Buat masa ini belum lagi rasanya. Bagi kami, tahun pertama biarlah untuk kami berdua dahulu. Mungkin tahun kedua baru kami akan rancang mengenai anak. Kalau boleh kami nak tiga orang anak,” jelas mereka mengakhiri perbualan.

jom baca sini jugak
 Tahniah Nabil dan Zira sah bergelar suami isteri ^_^ 
Sekitar Malam Berinai di rumah Nazira Malam tadi
Prewedding Nabil ala-ala wonderland di I-City. so sweet!
Persiapan Gaun Perkahwinan Bakal Isteri Nabil Nazira
Kad Kahwin Wonderland Nabil dan Nazira





Tahniah kepada kedua mempelai ni. ku doakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat syurgawi.Amin ^_^

You Might Also Like

13 insan comel komen

  1. memang lawalah nazirah tu..moga bahagia..

    ReplyDelete
  2. memang lawalah nazirah tu..moga bahagia..

    ReplyDelete
  3. kalut jugak nabil smpai 2kali lafaz.
    tp asalkan sah!
    hehe

    ReplyDelete
  4. jelesnya tgk nabil dapat bini lawa...hahaha

    ReplyDelete
  5. lawa kan bini dye

    eh eh, header dah baru~!! :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat kedua mempelai :)

    ReplyDelete
  7. Nabil gugup tu yg sampai 2kali. hehe

    ReplyDelete
  8. nabil!! esok kenduri die..ruginye x dpt pegi..huhu

    ReplyDelete
  9. dlm paper ckp doorg dh kwn 8thun? yekeee...bistu ms kwn ngn ex die tu...ish2...

    ReplyDelete
  10. hatiku berwarna warni: die kawan je dah lama sebab zira ni kawan adik ipar nabil. pastu terputus nabil couple dgn irma. ni pulak terjumpa zira balik tu yg die terus kawen je

    ReplyDelete
  11. Suami hodoh isteri cantik

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!