♥tip-tips perkahwinan
Tips Bajet Kahwin RM5000
8:30:00 PM
Assalamualaikum hai kalian..
Perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksanakan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.
Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: "Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak." (Riwayat Ahmad)
Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.
Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.
Tambah rezeki dengan berkahwin seperti mana Islam katakan seperti di atas. Majlis perkahwinan bukan suatu majlis perniagaan. Bukan sidang jualan langsung atau tidak langsung. Ia adalah satu program ibadah kepada ALLAH SWT.
Jadi biarlah majlis walimatul urus itu mempunyai bajet yang murah dan tak membebankan mana-mana pihak.
Idea ini dari Kiyai Reformis dan sumber dari Cik Kuntum.
Kos di bawah RM 5000 !
Jemputan sekitar 100 hingga 150 orang. Paling tinggi 200 orang.
Makan perkepala RM 10 (pasti kenyang !) ini kebanyakan menggunakan khidmat katering.
Siapa yang akan diundang?
40 kad untuk jiran tetangga.
40 kad untuk kaum keluarga terdekat.
40 kad untuk rakan baik pasangan pengantin
30 kad (reserve)
Jumlah 150 keping kad. Kos makan minum ( RM 10 x 200 = RM 2000 )
Jangan tambah kad jika kad telah habis. Jangan jemput orang yang bukan rakan baik pasangan. Bukan keluarga terdekat, bukan jiran tetangga.
Aturcara Majlis:
11 pagi hingga 3 petang
Tempat: Halaman rumah ( satu kanopi dengan buffet makanan )
Setelah pengantin diijabkabul di dalam rumah atau di anjung luar atau di wakaf yang dikhaskan di halaman. Pengantin bolehlah beramah mesra dengan para tetamu.
Kos sewaan pakaian RM 300 + hiasan mudah wakaf RM 200 ( tidak termasuk pakaian sendiri)
Kamera video RM 400 + juru gambar RM 300
Memotong kek RM 200 (tempat di halaman rumah) tidak perlu makan berdamai kerana pasangan mempelai boleh makan bersama-sama tetamu.
Untuk memudahkan layanan lebih mesra pasangan pengantin untuk tetamu bolehlah dicatatkan masa kehadiran buat tetamu untuk 50 kad setiap satu jam. Bermaksud:
50 kad undangan dari jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari
50 kad undangan dari jam 12 tengahari hingga jam 1 petang
50 kad undangan dari jam 1 petang hingga jam 2 petang
50 kad undangan dari jam 2 petang hingga jam 3 petang.
Majlis akan menjadi sangat mudah dan meriah kerana dihadiri oleh tetamu yang boleh dimesrai oleh pasangan mempelai. Tidak memenatkan dan sangat tenang sambil video merakam detik-detik indah tersebut. InsyaAllah.
Kos keseluruhan majlis:
Makan minum RM 2000
Sebuah kanopi RM 300
Pakaian pengantin RM 500
Video RM 400
Jurugambar RM 300
Kek RM 200
Jumlah RM 3700 sahaja ! masih berbaki RM 1300 ..
Terpulang kepada tuan-tuan, boleh saja dipanggil penjual aiskrim untuk dibayar ‘lumpsum” RM 300
Masih berbaki RM 1000 untuk diadakan cabutan bertuah pada setiap satu jam dan sebagainya.Boleh saja ditambah hiasan tempat akad nikah, atau upah tenaga mengemas selepas majlis.
Atau untuk mencetak kad jemputan yang cantik sebelum majlis perkahwinan ( tidak digalakkan lebih dari harga RM 2.00 /kad)
*****************************************************************
Betapa mudahnya perkahwinan. Tidak perlu rasanya saya mengeluarkan hingga seribu keping kad bahkan hingga 2 ribu keping kad jemputan. Kerana melalui pengalaman yang saya lihat ada tetamu yang hadir tidak mengenali ibubapa pengantin bahkan tidak kenal langsung dengan pengantin!!!
Sungguh ajaib jemputan sebegini. Hanya kirim-kiriman kepada agen penulis kad jemputan dari setiap kampung berhampiran ! Ini perbuatan bodoh sekali. Tetamu yang hadir hanya menunjukkan muka entah kepada siapa. Tidak dilayan dengan sempurna. Petugas majlis mencuri tulang lantaran kepenatan. Bapa pengantin tidak peduli kerana sibuk ‘bersalam kokot’ Pengantin di dalam bilik bersolek-solek saja. Tetamu datang dan pergi entah dari mana dan untuk apa?????
Sudahlah… ini semua jauh amat dari keberkatan, ini kerja yang karut dan syaitani ! Ini semua penyumbang kepada gejala pembuangan bayi. Saya ulangi sekali ini semua penggalak kepada gejala pembunuhan bayi. Itu semua kesombongan dan budaya ikut-ikutan. Yang miskin pun ingin mengikut, yang alim pun begitu juga. Dua kali lima! Sudahlah…. tinggalkanlah.
Jika orang tua tak mahu faham juga… Kita Kahwin Lari Saja …!
Sekian dulu dari Kiyai Reformis
‘Kiyai Reformis Bersama Orang Muda’
Sangat menarik idea ni. simple tetapi akan meriah kerana jemputan yang datang semuanya kita kenal selain dapat beramah mesra. Bagi pihak pengantin lelaki sangat sesuai bajet bertandang macam ni. kenapa pihak lelaki? sebab pihak perempuan daku pasti mesti hendak perkahwinan yang meriah. hehehe ^_^
sumber ikhlas dari cikkuntum
36 insan comel komen
budget sungguh ni..hehhe..
ReplyDeletebagus ada tips macam ni...kene baca slow2, n takenote baru boleh masuk semua.. :)
ReplyDeletetq 4 sharing..
singgah sini, salam kenal :)
emm..bgus jgk cik jijah,btl2 dpt budget kan ^_^
ReplyDeletetq utk tips ni..hrp ada la yg guna..
ReplyDeletesusah nak bajet 5 ribu tp klu kt kpg confirm boleh :)
ReplyDeleteWahhh.. bleh jadik panduan ne.. Sy kalo bleh buat majlis kat kampung,.. jimat la kos sket2.. tak nak jemput reramai..hehe.. sanak saudara jiran tetanggan sajer la kot.. Tips ne memang panduan berguna.. Memang kahwin hanya sekali tapi, bajet kita biar berpada, supaya lepas kawen boleh simpan duit untuk bakal anak2.. :)
ReplyDeletemenarik =)
ReplyDeleteboleh dipertimbangkan...hehe
nais.
ReplyDeleteaku akan usulkan pd bf aku
hihi
if syieda di kampung buat jemputan 200 orang kompom org kampung marah..^_^ nk kene tumbangkan lembu sekor. aduhhh...
ReplyDeletetapi if kt bandar best buat mcm ni..^_^
kalau fiza terlebih budget la jijah..kene buat besar sikit sebab fiza je yg xkawen lagi ni..last2 ni mesti kene kebabom jemput ramai ^^
ReplyDeletewah..menarik sungguh idea nih tapi macam mana pulak dgn hantaran..? x include lagi tu kn..?
ReplyDeletewah...boleh la nak kawin mcm ni..duit ptptn nak masuk dah ni.. ^^
ReplyDeletetq jijah...tips yg menarik.. mmg save bajet pun kan...jgn membazir
ReplyDeleteQaseh Qistina: xinclude lagi..so boleh menggunakan balance RM1300 tu untuk buat hantaran :) hantaran RM1300 tu dah terlebih cukup tu..
ReplyDeleteTia suka gila entri ni . Tia mintak share untuk masa hadapan Tia boleh??
ReplyDeleteIni Kisah Tia: boleh tia.. silakan..:) jemput yer nnti kawen tia..hehe
ReplyDeletenasib baik linda lambat lagi nak kahwin . kalau tak , confirm dah guna tips ni ;)
ReplyDeletehaha.~ thanks for the tips.! :)
ReplyDeletesaya kawen dulu pun ala kadar.. tp rasanya pengantin je ala kadar, majlis ramai juga jemputan. Tak rasa terlalu penat atau stress masa buat persiapan sbb kitorang buat sederhana jer
ReplyDeletekalau dok taman x blh bt mcm ni, nanti ada yg mengata kata x kena jemput.. utk kenduri akad nikah je sesuai la...huuhhhu
ReplyDeletenak kahwin sekarang ni pun kena pakai duit banyak...
ReplyDeletennt saya kawin biasa2 je..janji akad tu penting
ReplyDeletehehhee..bersederhana jnji meriah suasana ckup lah ^_^
ReplyDeleteshida'R: yup lebih baik bersederhana. hehe ceh bajet macam aku nak besederhana pulak!hehe :p
ReplyDeletebgs buat gini.tp kite x leh apply kt umah kite. huaaaaaaaaa
ReplyDeleteidea serupa mcm kawan baik eca,encik amir..dia cakap ari tu,"eca,kalau kau kawen,..jangan mengada-ngada minta 12k....susah nanti,makan pasir kau lepas kawen!..so,minta 5k cukup!"..
ReplyDelete5k?!..dah budget habis tue...hehehe
memang nak bajet camni..huhu..tapi angan2 tinggi memangla payah..heheh..takpe miza akan usaha jadi bride paling rendah bajet abad ini...ahahah
ReplyDelete@mrs irmidrza to be hahaha cuba jangan tak cuba...jijah paling bajet kot rm10k jer..insyaAllah..
ReplyDeleteawk, tq bg tips!! sukesukesuke!! tuh lah yg kt plan, tp semua org mcm tak percaya je.. sbb dyeorg ckp kt ank sulung... benci lah.. :)
ReplyDelete@afwaazalan hehe bagus ni sebenarnya..sangat menjimatkan bukan..
ReplyDeleteLau kire2 balik lari bajet jgk.
ReplyDeleteKad 150 kping x rm1= rm150
Mkn mnum rm10 x 200 org = rm2000.
TAPI klau ttamu yg dpt kad kawen kite tu dtg bwak ank 2org n bini 1org brmkne 1kad = 4org?? Jadi bajet mknan yg rm2000 td dh kena darab 4.. Rm2000 x 4 =rm8000 mkn mnum shja tu.. Xkn 1 kad tu btol2 utk jemput 1org? Mesti ttmu akn dtg brteman..hehe renungkan dulu jgn amek mudah..
Ohmy, bila tgk balik bajet khawin mcm overcost je wpun tasha plan nk bajetkan gila2. Bila kira balik..
ReplyDeletePurata Kad 150 keping x 4org/KAD = 600
Makan+minum RM10X600 = 6000
+hantaran+pakaian+honeymoonnnn
Yah at least 10k untuk bajet khawin. InsyaAllah kalau boleh dpt bajet mcm ni untuk 2015-2016! Aminnnnnnnnnn
hehe tgh survey.:)
ReplyDeletesabda Rasulullah s.a.w mafhumnya
ReplyDelete"Keberkatan didalam perkahwinan terletak pada mahar yang rendah"
heeiii kos kat malaysia makin meningkat... nanti aku balik malaysia berapa la bugjet ..ntah2 1min cakap kena rm3(PUBLIC PHONE)
sikit benar jemputannya
ReplyDeleteSkrg ekonomi memang tidak bagus. Kena berjimat2 jika nak berkahwin.
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!