Farah Fauzana Fafau Hos Nona Terbaru

Teka-teki mengenai pengacara yang bakal menggantikan Vanidah Imran dalam program Nona akhirnya terungkai apabila nama penyampai Hot...




Teka-teki mengenai pengacara yang bakal menggantikan Vanidah Imran dalam program Nona akhirnya terungkai apabila nama penyampai Hot FM, Fara Fauzana dan pendatang baru, Neelofa dipilih bagi menggalas tanggungjawab sebagai hos dalam program wanita popular TV3 itu.

Pemilihan mereka berdua itu telah diumumkan dalam majlis pratonton program televisyen Media Prima 2012, ‘Media Prima Nite Live’ yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, sebentar tadi. Fara atau lebih dikenali dengan panggilan Fafau ketika ditemui di ‘post-party’ majlis tersebut memberitahu berasa gembira untuk mengendalikan program yang sudah memasuki usia 26 tahun itu.

“Sebab utama saya menerima program ini kerana ia sejajar dengan perubahan usia saya yang akan memasuki 32 tahun nanti. Takkan saya nak terus buat program yang tak sesuai dengan umur saya yang dah matang ini. Lagipun, pihak TV3 nak ambil saya sebab ingin tampilkan perubahan dalam program tersebut,” ujar Fafau.

“Saya terima tawaran ini dengan hati yang terbuka. Saya suka bila orang nampak perubahan pada diri saya. Bagi saya, program ini betul-betul lain dari diri saya. Saya tidak ada masalah untuk menghoskan program ini kerana saya seorang yang versatil. Program ini sudah lama, jadi kandungannya mungkin sama, cuma gaya penyampaiannya saja yang berbeza. Saya akan cuba untuk mengendalikan program ini dengan cara saya yang tersendiri.”

Apabila ditanya mengenai gandingannya bersama Neelofa nanti, Fafau memberitahu, “Saya tak boleh nak komen tentang perkara ini lagi, sebab saya tak tahu lagi konsep program ini bagaimana. Apa yang saya tahu, kami memang tak bekerjasama dalam satu episod, cuma kami akan berkomunikasi secara maya saja.”




You Might Also Like

11 insan comel komen

  1. Fara Fauzana dan Neelofa...orang muda diberi peluang pula...

    ReplyDelete
  2. nona dh xbest la...bkn sbb pengacara..tp program nye tuh...bosan...

    ReplyDelete
  3. hahaha...mmg fara sorg yg versatil tp serious xbley bayang dia jadi host nona, kena ayu2 feminin, haha...

    ReplyDelete
  4. good luck fafau..i support u bebeh :D

    ReplyDelete
  5. Nona satu rancangan majalah wanita yang dibawakan secara konsep serius , dan berlawanan dengan Fafau ni yang happy-happy ni.. kita tunggu dan lihat siapa yang berubah konsep, pengacaranya atau program...hehe

    ReplyDelete
  6. err..cam kelakar lak bile serius nanti..kan..hhehe.ape2 pun gudluck untuk fara..btw,neelofa tu fiza xkenal pun..pernah dgr name je..hehe

    ReplyDelete
  7. tak sabar nya nak nengok fafau mengacara nona <3

    ReplyDelete
  8. err tak pernah tengok nona hehe..so tak tahu plak sapa pengacara sebelum dan selepas hehe..kalau fafau jadi pengacara mesti ceria2 kot hehe..

    ReplyDelete
  9. dah kurang minat tengok nona..
    kalau tengok pun bila tang yg kawin2 tu hehe :)

    ReplyDelete
  10. kita tunggu apa akan jadi bila fafau mengacara. berubah konsep program atau jenakanya..hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!