kisah lawak
Kisah Akob dan Isteri
11:34:00 PM
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.
"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.
"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.
Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.
Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa…?".
"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".
"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".
" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.
"Buat roti…?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke…?!!!"
sumber: facebook
14 insan comel komen
hik hik hik lawok sungguh.......susah klu laki berat tulang nie.....
ReplyDeletehah amek kau akob..pdan mke..hahahahahha
ReplyDeletehe..he..padan ngan muka laki dia
ReplyDeleteadesh..2x5 je
ReplyDeletehahaha..padan muka laki dia 2..yg bini dia 2 pehal dok tdo bagai ngn org lain..hahaha
ReplyDeletehahahah sengal~
ReplyDeletehahahha lawak
ReplyDeleteerkk kalau tak buat roti..maknanya dia jadi roti..makan sambil tidur..cam tu..haha
ReplyDeleteapela..mls lg..haa.. :P
ReplyDeletelaki tu jahat..berat tulang sungguh..amik kaoo kan dah di balas balik oleh bini dia. hehe
ReplyDeletehahaha...lawak2
ReplyDeleteharrrooommm tuh..
ReplyDeletengehngehngeh bini pon 1 yg cakap tidur gan laki lain buat ape! hahaha
ReplyDeletengehngehngeh bini pon 1 yg cakap tidur gan laki lain buat ape! hahaha
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!