Norman Hakim Menjawab Komen Chef Wan Majlis Resepsi Rm12juta

Selepas Chefwan mengutarakan pendapatnya tentang Majlis Resepsi RM12juta seperti dalam entry ni . Kemudian di balas balik kononnya itu d...



Selepas Chefwan mengutarakan pendapatnya tentang Majlis Resepsi RM12juta seperti dalam entry ni. Kemudian di balas balik kononnya itu daripada kakak Norman Hakim dalam entry ini. kini Norman Hakim tampil menjawab semua persoalan dan memberi jawapan segala yang berlaku..

Menurut Chef Wan sebelum ni bukan dia saja yang agak kurang berkenan dengan konsep majlis itu tetapi tetamu lain pun turut berkongsi pandangan sama dengannya. Chef Wan ke majlis itu bersama anaknya, Serina.

“Pada saya resepsi itu lebih kepada majlis makan malam penaja (Rafflesia The Pearl Centre). Saya juga faham sebagai selebriti apabila mereka ingin melangsungkan perkahwinan pelbagai pihak akan menaja dan tidak salah untuk menerimanya. “Bagaimanapun kesalahan terbesar pada resepsi Norman dan Memey itu apabila ia digembar-gemburkan sebagai 'Wedding Of The Year' sedangkan pada pandangan mata tetamu yang hadir, ia tidaklah begitu. Orang yang bertanggungjawab memberi publisiti terhadap majlis itu mestilah sensitif dengan adat budaya orang Melayu. Ini bacaan doa pun tak ada dan digantikan dengan nyanyian koir. Kalau hendak menghargai jasa baik penganjur dan memperkenalkan produknya, kena ada cara.

“Apabila saya komen dalam Internet nyanyian koir itu macam nyanyian dalam gereja, kakak Norman pula mencelah dengan mengatakan takkan itu hendak dengar lagu nasyid. Saya bukannya bodoh tetapi banyak cara lain untuk mengetengahkan budaya Melayu dan agama Islam itu sendiri. Sebagai selebriti jangan salahkan wartawan dan masyarakat apabila diri sendiri diperbodohkan oleh pihak lain. Apa jua konsep majlis yang ingin diadakan jangan sesekali membelakangkan agama dan budaya kita.


“Siapa Memey untuk dipamerkan baju pengantinnya di Muzium Negara. Dia bukannya Puteri Diana. Kalau mahu mengajar masyarakat pun, kena tunjukkan sesuatu yang lebih bersifat kebudayaan dan bukannya gaun pengantin yang dipakai Memey. “Sekali lagi saya jelaskan, saya tidak salahkan Norman dan Memey, tetapi tukang beri publisiti yang melebih-lebih. Saya juga hairan baju Vera Wang yang dipakai Memey kononnya berharga RM500,000. Saya tengok tak macam rupa baju yang berharga setengah juta ringgit,” katanya.



Norman berkata, Apa jua kritikan yang dilemparkan Chef Wan, 54 seperti di atas terhadap majlis resepsi mereka dia tidak menyalahkan dia menganggap apa saja komen dan kritikan mengenai majlis resepsi itu, ia adalah pandangan masing-masing. 



Apa yang paling utama, selepas upacara akad nikah, bersanding di kampung Memey dan resepsi di Kuala Lumpur, selesailah tanggungjawab saya dan ibadah saya. Apabila saya baca komen Chef Wan, sesiapa pun berhak meluahkan pandangan mereka. “Saya tetap menghormatinya sebagai orang yang lebih tua daripada saya dan juga bapa kepada kawan baik saya. Cuma apabila satu ketika, kakak saya ikut masuk campur, ia juga adalah haknya di mana dia berkata daripada perspektif orang yang rapat dengan saya. “Sebagai artis saya dan Memey sudah biasa dengan kritikan dan selalu berdiplomasi dengan sesiapa saja. Barangkali komen itu menyentuh hati ibu bapa saya, oleh itu dia berhak untuk membela adiknya. Saya yang berada di tengah-tengah hanya mendengar di mana pada masa sama, saya menyayangi dan menghormati kakak saya.

“Berbalik kepada tajaan Rafflesia dan juga penaja lain, sudah rezeki orang nak bagi, saya terima. Ia juga adalah sebahagian daripada rutin hidup saya sebagai artis. Semua orang ada kebebasan untuk bersuara,” katanya yang kini berada di lokasi drama 26 episod, Tangisan Bulan Madu. Sementara Memey pula sibuk berlakon dalam drama Nilampuri. Jelas Norman, kehidupannya kini kembali seperti biasa. “Selain sedang menyesuaikan diri semula menjadi suami, saya juga menjalankan tanggungjawab terhadap tiga anak saya dengan Abby dulu seperti biasa. Menyediakan makan minum mereka, hantar dan ambil mereka dari sekolah. Saya juga masih ambil berat pasal Abby. Tiada apa pun yang berubah,” katanya.



sumber: myMetro


You Might Also Like

15 insan comel komen

  1. tak abes abes dorang ni kan..ishh

    ReplyDelete
  2. harap jernihkanlah suasana ini..buat apa nak gaduh2..tak ade paedahnya...huhu

    ReplyDelete
  3. la.. tak habis lagi ka kes depa ni ...huhu ..

    cantik header ..terkejut kak bukak2 keluar jarum ... hehe

    ReplyDelete
  4. haishhhh. dunia dunia..<= sambil menggelengkan kepala.

    ReplyDelete
  5. kawen da mahal..semoga kekal la hendaknya..huhu

    ReplyDelete
  6. kalau hal norman malas la nk amik port huhuh...

    ReplyDelete
  7. kita doakan yg terbaik buat mereka. tp kata2 chef wan ada benarnya sebagai org tua yang tahu hukum hakam :)

    ReplyDelete
  8. hahaha tak habis2 lagi isu dorang ni..:p

    ReplyDelete
  9. mampu tersenyum ajelah..tak habis2 isu nie.hihihi~

    ReplyDelete
  10. haisyhhh, jelik la. ahahhaa #tetibe

    ReplyDelete
  11. haisyhhh, jelik la. ahahhaa #tetibe

    ReplyDelete
  12. tak abs2 menyusahkan org... geli kau dgr.. boikot je semua cerita yg diowg berlakon...

    takyah jadi suami la kalo biarkan isteri terdedah sana terdedah sini.. buat tambah dosa yg memang dah sedia ada tue je...

    ReplyDelete
  13. nak tergelak jeh baca citer diowang ni..nak untungkan mana mana pihak pun kan..over published pulak

    ReplyDelete
  14. hehehe rezeki die kot..huhuhu

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!