berita terkini
isu semasa
Tertembak Bapa Mertua Di sangka Tupai
2:00:00 PM
RANAU: Seorang lelaki yang secara tidak sengaja tertembak bapa mentuanya ketika memburu tupai di hutan Kampung Lobau Lama di sini, pada 24 September lalu, mengebumikan lelaki terbabit bersama senapang buatan sendiri dikenali sebagai ‘bakakuk’ yang digunakannya, dipercayai sebagai tanda penghormatan dan memohon kemaafan.
Difahamkan, lelaki berusia 36 tahun dipercayai bimbang dikenakan tindakan jika membuat laporan polis bertindak menyembunyikan kematian itu dengan menanam mayat bapa mentuanya berhampiran rumah selepas mendapat persetujuan ahli keluarga lain.
Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila seorang sepupu yang memandikan mayat mangsa melihat luka yang mencurigakan sebelum membuat laporan polis.
Polis yang menerima maklumat kemudian menahan mangsa yang akhirnya mengaku tertembak dan menanam mayat bapa mentuanya secara rahsia. Susulan pengakuan suspek, polis mendapatkan perintah mahkamah bagi menggali semula ‘kubur’ itu bagi melakukan bedah siasat terhadap mayat terbabit, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan perintah mahkamah bagi menggali semula kubur Wahimin Usat, 50, yang mati ditembak menantunya sendiri di Kampung Lobau Lama.
“Selepas mendapat perintah mahkamah, sepasukan polis forensik menggali semula kubur mangsa bagi melakukan siasatan termasuk punca kematiannya.
“Polis menemui mayat mangsa yang ditanam bersama senapang ‘bakakuk’ dan difahamkan, senapang itu adalah senjata digunakan suspek ketika tertembak mangsa ketika memburu tupai,” katanya
“Siasatan awal mendapati, suspek secara tidak sengaja tertembak mangsa yang bersama-sama memburu di hutan Kampung Lobau Lama kira-kira jam 12 tengah hari, pada 24 September lalu.
“Suspek dipercayai melepaskan tembakan sebaik menyedari kehadiran seekor ‘tupai’ di sebatang pokok, namun terkejut apabila mendapati bapa mentuanya terbaring berlumuran darah dan tidak bernyawa lagi,” katanya.
Katanya, suspek membawa pulang mayat mangsa dan mengebumikan lelaki itu di sekitar rumah selepas mendapat persetujuan ahli keluarga lain tanpa melaporkan kejadian itu kepada polis.
“Suspek enggan membuat laporan kerana bimbang dikenakan hukuman kerana difahamkan dia menjadi harapan untuk menyara ahli keluarganya.
“Lelaki terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
kadang-kadang ada benda sengaja mengaburi ketika kita berada di hutan. tu pasal bila memburu je ada je yang tertembak kawan masing-masing. kesian dia. harap-harap hukuman yang setimpal la. dia takde niat pon. huhuhu
9 insan comel komen
hah? Ranau...? my home town tu... tapi orang dulu2 pun selalu pesan,, klu x cukup ilmu memburu,, jgn sekali2 masuk hutan... huhu
ReplyDeleterasa kesian ada..
ReplyDeletesyakwasangka pon juge..
penah gak jd cmni kat kg ida...
ReplyDeletedia masuk hutan nak buru kijang sekali tertembak kawan dia...
huhu..
adehh....kecian plak kena gali bedah siasat balik..kecian kat si mati..
ReplyDeletebetoll.. kn hutan tu byk benda yg bule kaburkn kte~
ReplyDeleteKalau boleh takayh pergi berburu..lagi2 kalau isteri tengah preggy..nanti macam2 boleh jadi pada anak dalam kandungan kan..macam dalam mastika tu..mintak dijauhkan lah..
ReplyDeletep/s:kesian jugak kan..memang takde niat tapi kalau disabit kesalahan..kene jugak..tanam mayat senyap2 tu
itulah...ajal sume di tangan ALLLAH :')
ReplyDeleteerrr, mesti rase bersalah gile..boleh lak tak report polis..
ReplyDelete@Wanie die rasa takut sangat. tu pasal tak report polis. tu 1 kesalahan kan..hish2..
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!