Mengapa Haid Anda Lewat

Assalamualaikum ^^ Ada orang cepat datang haid, ada orang lambat datang haid dan ada juga langsung tidak datang haid. Banyak sebab me...


Assalamualaikum ^^

Ada orang cepat datang haid, ada orang lambat datang haid dan ada juga langsung tidak datang haid. Banyak sebab mengapa haid anda lewat datang. Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Ye lah kalau yang belum kahwin lagi tu takkan kehamilan kot kan. kita takkan nak salahkan 100% ye tak. melainkan korang ada melakukan persetubuhan luar nikah. opsssssss maaf jika ada yang terasa. 

Di sini ada sertakan mengapa haid anda lewat dari kiraan.


Tekanan
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid anda.
Masalah Kesihatan: 
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid anda.
Ubatan: 
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
Berlebihan Hormon Prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
Menyusu Badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
Masalah Tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
Terlalu Kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
Tersilap Kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
Pencegah Hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
Hamil:
Anda disahkan hamil. Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

Ha....Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh membuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.



sekian ^^



You Might Also Like

36 insan comel komen

  1. thank for the great information :D

    ReplyDelete
  2. huhu..selalu gak haid x teratur...
    sebabnya badan terlalu kurus...huhuhu!!!!

    ReplyDelete
  3. dulu masa belum kawen period tak teratur.ada masa cepat,ada masa lambat tapi lepas kawen,dah smooth balek

    ReplyDelete
  4. mekaseh cikgu!
    ada kawan saya neh dah 5 bulan tak haid kak. huhu

    ReplyDelete
  5. wahhhh!! good entry..selame ni, sy xde mek berat sgt psl haid sy ni...nak dtg, dialukan...klu xnk dtg, udah..hahahahhaha...perghhhhh, tp selalunyew org dah lepas kawen, dynyew kedtgan haid seimbang ke?? huuuuu..sori, masih jahil lam perkara ni..XD

    ReplyDelete
  6. thanks tuk info ni ^_^

    syieda tekanan sebab tu xteratur..^_^

    ReplyDelete
  7. @Norlida Ramli berapa berat tu syg~~tak teratur tapi tiap2 bulan datang kan..

    ReplyDelete
  8. good entry. terima kasih berkongsi. banyak betul punca-punca lewat datang haid :)

    ReplyDelete
  9. @Azzah selalu memang macam tu..perubahan hormon bila kawen. :)

    ReplyDelete
  10. @♥Lady Ainaa♥ lady ni bhaya tau tak amik berat. nnt tiba2 tak datang lagi naya. hehe yup lepas kawen. haid akan seimbang. perubahan hormon lain pulak.:)

    ReplyDelete
  11. Sgt berguna entry ni =)

    Alhamdulillah so far, perjalanan haid teratur. Cuma, terawal 2 3 hari.

    ReplyDelete
  12. @farhana terawal ok la tu yunk. nak biasa tetap contoh 25hb takkan la kan..hehe

    ReplyDelete
  13. thanks jijah share this..^_^

    ReplyDelete
  14. haid lynda pon xbetul. sedeyh tol

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah...setakat ni haid tieha tada masalah =)

    ReplyDelete
  16. wanie dlm kategori kurus..haid tak bape nak tetap, selalu lewat..huhu..

    ReplyDelete
  17. fara alhamdulillah ikut time die..
    tapi kadang2 risau jugak lewat

    ReplyDelete
  18. dah yg aku ni tak datang2 camner..huhu

    ReplyDelete
  19. @Wanie tapi tiap2 bulan datang kan? janji tiap2 bulan datang ok lah.mungkin ada faktor2 mcmc di atas tu yg sebab lewat.

    ReplyDelete
  20. @kiz bro kiz ni nakal la.. ni kaum wanita.mmg la tak datang..ahakkkkkkss :p

    ReplyDelete
  21. setakat ni alhamdulillah:)
    nice sharing ;)

    ReplyDelete
  22. nice info...thanks jiejah :)

    ReplyDelete
  23. haid sy biasenye tepat, hehe...alhamdulillah la.

    ReplyDelete
  24. Alhamdulilah semuanya sihat2..:)

    ReplyDelete
  25. kalau terlewat seminggu itu normal ke ? jahil lagi psal haid nie :'>

    ReplyDelete
  26. saya dah seminggu lewat datng haid...
    adakah sya hamil??
    saya sdah berkawen..n sya jga merancg..
    setiap kali melakukan hubungan..suami sya akn memancutkan air mani nya di luar...sprti di atas bdn sya...

    ReplyDelete
  27. @Rzymie eemm kalau dah seminggu lewat hamil.. better u p cek UPT.. InsyaAllah hamil akan ada 2line.. tp kalau suami pancutkan airmani ke luar potensi untuk hamil mmg takde..sebab air mani tak bercampur dgn ovum kita..

    ReplyDelete
  28. hye..puan azizah..sy baru jugak la kawin..sy kawin pd 9/2/13..n the 1st bulan kawin sy period..n then 2nd month period xdtg..n now 15 hari dh lewat..sy pelik nape bile dh 15 hari lewat tu tibe2 ade darah menyerupai darah haid tp bau die tak sama..sy cukup musykil..takut ade sakit lain..
    actually,pd hari ke-10 lewat,saya dah wat upt n result ad 2 line..
    hope puan azizah blh tolong reply yerk..
    insan kerunsingan

    ReplyDelete
  29. salam..puan azizah..sy dah berkahwin..baru la juga (9/2/13)..1st month berkahwin, sy peroid seperti biasa..n then 2nd month sy tggu period tp xdatang sampai la dh 15 hari lewat..n then ade darah yang menyerupai darah period tp bau tak sama cam bau darah period..actly.hari ke-10 lewat,saya ade wat upt n then result ade kuar 2 line..n now,saya betul2 musykil nape tibe2 kuar darah pada hari ke15??
    hope puan azizah boley tolong saya..time kasih

    ReplyDelete
  30. @nieza harith kalau 2line maknanya +ve..better cek gan doktor n scan..

    ReplyDelete
  31. Sy dah 5 bln tak dtg bulan. Mcm ade ketulan dlm perut. Ape perlu sy buat?

    ReplyDelete
  32. Sy dah 5 bln tak dtg bulan. Mcm ade ketulan dlm perut sy. Sy dah cuba nenas. Tp tak berhasil. Ape perlu sy buat

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!