Majlis Pertunangan Ana Dahlia & Chef Riz Anak Lelaki Chef Wan

Pelakon Ana Dahlia 28 telah pun selamat melangsungkan pertunangan dengan Chef Riz 30, anak lelaki kepada Datuk Redzuawan Ismail, chef s...



Pelakon Ana Dahlia 28 telah pun selamat melangsungkan pertunangan dengan Chef Riz 30, anak lelaki kepada Datuk Redzuawan Ismail, chef selebriti Malaysia pada hari ini 5.10.2011. Walaupun dilanda dengan pelbagai kontroversi, namun ia tidak mematahkan semangat Ana Dahlia & Chef Friz, anak kepada Chef Wan untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka di kediaman Ana Dahlia di Changkat Jering, Taiping, Perak.


Rombongan pihak lelaki yang turut disertai oleh Chef Wan membawa lima dulang hantaran dan sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan. Menurut sumber terdekat, majlis pernikahan mereka dijadualkan akan berlangsung di tempat kelahiran Chef Wan iaitu di Sungai Koyan, Raub, Pahang. Pemilihan lokasi itu dibuat atas permintaan ibu Chef Wan sendiri.


Berkenaan kontroversi pula, ramai pihak yang terkejut setelah berita mengenai status janda Ana Dahlia dilaporkan dalam sebuah media. Bagaimanapun, Chef Wan dalam satu kenyataannya tidak kisah mengenai status tersebut dan menerima Ana Dahlia menjadi sebahagian daripada keluarganya.





kredit: AleeyaStudio



Tahniah Ana Dahlia. Selamat menuju ke mahligai perkahwinan. ^_^
kadang-kadang janda ni lebih bagus dari anak dara yang belum tentu ada dara ke tak. betul kan. emm -_-


You Might Also Like

18 insan comel komen

  1. cantik kan die..berseri je muke tak macam m**** tu kan..and sweet sangat sebelah lelaki pakai serba pink!

    ReplyDelete
  2. wah ! dah bertunang ? semoga berbahagia :)

    ReplyDelete
  3. cantekk lahhhh baju dia..color pon sweet2 ye..lembut ye...kan jijah?

    ReplyDelete
  4. cantik dahlia ni..hehe..

    yg ayat bawah jijah tulis tu..mcm ada betulnya gak..
    anak dara x tentu ada dara..hahahaha

    ReplyDelete
  5. lawa..kah kah..jijah bila lak lagi ni.

    ReplyDelete
  6. janda meletop..tak pe lah...lagipun muda lagi...sesuai dah tu...

    ReplyDelete
  7. lawa tul bakal menantu chef wan...mesti kena belajar maska...maklum le bakal suami dan pak mertua chef tersohor...

    ReplyDelete
  8. stellaizz: jijah pon berkenan baju die kaler lembut dan design bawah cantik..leh jd sumber inspirasi ni. hehe

    ReplyDelete
  9. kiz: sabar..sabar..tahun depan tunggu kawen dr jijah k..hehe

    ReplyDelete
  10. cantiknya ana dahlia nie :)

    ReplyDelete
  11. cantik sangat2.......suka tengok...teringin nk buat baju gitu...simple n sweet ^_^

    ReplyDelete
  12. cantiknya ana dahlia..

    *nak cari munah kenanga.anyone?

    ReplyDelete
  13. Hmmm..cantik..cantik...Teringat masa kahwin dulu...

    ReplyDelete
  14. Chef Riz tak datang ke?Ni baru betul ikut adat.Sekarang ni ramai yang dah tak ikut adat.Bertunang pun bergambar berdua macam dah nikah.
    ps:Ana nampak sweet sangat.

    ReplyDelete
  15. sweet sgt ana nie..
    theme pink kaler belah laki, nice...

    ReplyDelete
  16. cantik la..manis je (^_^)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!