Negeri Sembilan Tak Ambil Mudah Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia
4:00:00 PM
SEKALIPUN sudah memiliki kelebihan dua gol, Negeri Sembilan tidak akan mengubah corak persembahan mereka seperti dipamerkan sebelum ini, sebaliknya akan terus melakukan serangan ke kubu lawan, sebaik turun membuat perhitungan terakhir dengan T-Team pada separuh akhir kedua Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.
Pertahanan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, berkata pihaknya yakin pendekatan itu antara strategi yang akan digunakan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, bagi memastikan Negeri Sembilan dapat memperkukuhkan kedudukan dan mencapai kemenangan seterusnya melayakkan diri ke pentas final buat kali ketiga berturut-turut.
“Kami tidak akan mengubah corak persembahan sebaliknya akan beraksi seperti biasa dan terus menyerang ke kubu pasukan lawan bagi mendapatkan gol kerana kelebihan dua gol yang kami miliki itu belum begitu terjamin untuk layak ke perlawanan akhir.
“Ini kerana sukar untuk diramalkan kerana dalam bola sepak sebarang kemungkinan boleh berlaku dan apa yang perlu ialah kami harus memberikan perhatian serta komitmen 100 peratus terhadap perlawanan dengan berusaha menambah jaringan, bagi memastikan kelebihan yang kami miliki itu, benar-benar membawa kejayaan kepada pasukan,” katanya semalam.
Menurut Aidil, dia bersama rakan sepasukan sudah bersedia untuk mempertahankan benteng pasukan daripada dibolosi barisan depan T-Team dan bertekad untuk mempamerkan persembahan cemerlang seperti diamanahkan.
Dia yang dijangka kekal bergandingan dengan pertahanan berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah, mengakui perlunya mengetatkan lagi kawalan di bahagian itu kerana bimbang sebarang kelemahan bakal diambil kesempatan penyerang pasukan lawan.
“Jika kami leka sudah pasti akan mudah dihukum dan inilah yang berlaku ketika perlawanan di Kuala Terengganu, Selasa lalu, apabila benteng Negeri Sembilan berjaya dibolosi penyerang T-Team dan situasi itu memberi pengalaman berguna kepada kami untuk lebih berwaspada.
“Walaupun saya difahamkan, Indra Putra Mahyuddin dikatakan tidak dapat beraksi malam esok (ini) kerana menerima dua kad kuning, itu bukan bermakna jentera serangan mereka tumpul, sebaliknya kita kena berhati-hati kerana Haris Safwan yang mungkin diturunkan, juga mampu memberi ancaman,” katanya.
Sementara itu, ayam tambatan, Hairuddin Omar, bertekad menjadi pemusnah bagi memastikan skuad Rusa mengesahkan tempat ke final, 29 Oktober ini.
Dia yang sinonim dengan panggilan Hai-O, berharap rakan sepasukan dapat terus mengekalkan persembahan cemerlang dan memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan kemenangan pasukan.
“Saya akan terus berusaha memberikan persembahan terbaik malam esok dan bertekad untuk tidak mensia-siakan setiap peluang,” katanya. kerana kami perlu mencapai kemenangan walaupun sudah memiliki kelebihan jaringan,” katanya yang menjadi pemusnah pada perlawanan di Terengganu selepas meledak dua gol.
pemain bola sepak malam ni telah di edit. kahkahkah
tah ape pnya keje la tu. hehe
tah ape pnya keje la tu. hehe
Negeri Sembilan vs T-TeamStadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan22 10 2011 - 0845 mlmSiaran Langsung di TV1
Good luck to NS players. Moh gamai2 ko Star of Paroi haghi ni!den tak dapek poie sobab kojo malam. hohohoHoben Jang Hoben! Musuhnya Habis Binaso!
6 insan comel komen
hobin jang hobin!eh jijah yg gambar pemain pakai spek tu termasuk sekali ke? :p sape punyer keje edit la tu.hihi
ReplyDeletehoben jang hoben... monang punyo malam ni..
ReplyDeleteamboi..lau tak,kompem dia p yer..
ReplyDeletego jiejah go ekekkee :P
ReplyDeletetahniah NS..jumpa di final...
ReplyDeleten9 dah masuk final! tahniah nismilan...hobin jang hobin!
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!