isu semasa
Pengemis Mengemis di Pasar Raya
1:27:00 PM
Apa pendapat korang??..sedang korang lepak-lepak & makan di kedai makan..kemudian berduyun-duyun pengemis datang..lepas sorang...sorang..kalau 1-2 org xper lagi..kalau 10 org ?
Tapi lain pula di Kota Bharu..pengemis selalu berlegar2 di pusat membeli belah..adakah diaorang ni dari sindiket ?
Sebelum ini mereka berkeliaran di tepi-tepi jalan dan di luar premis di kawasan bandar bagi meraih simpati.
Kini, sekumpulan pengemis di sini mula berubah angin dengan menukar lokasi mereka ke beberapa kompleks beli-belah yang jauh lebih selesa.
Berhawa dingin dan pengunjung yang ramai mungkin salah satu faktor sekumpulan kanak-kanak Rohingya yang berusia di antara tujuh hingga 13 tahun itu menjalankan modus operandi mereka.
Kegiatan mereka berpusat di pusat beli-belah seperti KB Mall, Kota Bharu Trade Centre dan Pasar Raya Billion itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengunjung.
Bergerak secara berkumpulan dengan jumlah di antara lima hingga lapan orang bukan sahaja mengemis tetapi turut membuat bising serta berlari-lari dan bermain kejar-kejar sesama mereka.
Berbekalkan senashkah Surah Yassin dan Al-Mathurat serta pelekat doa untuk mengaburi pihak berkuasa, sekumpulan kanak-kanak giat menagih simpati masyarakat yang lembut hati.
Modus operandinya, mendekati orang ramai dan kemudiannya menawarkan untuk menjual nashkah-nashkah tersebut dengan harga di antara RM3 hingga RM5 dan sekiranya tidak berminat mereka akan mula meminta derma.
Menurut sumber, kegiatan tersebut didalangi oleh golongan dewasa yang juga berketurunan Rohingya namun, mempunyai permit penduduk sementara di negara ini.
Mereka dipercayai tinggal di kawasan pinggir bandar ini dan menggunakan pengangkutan awam seperti bas untuk berulang-alik dari rumah ke bandar setiap hari untuk menjalankan kegiatan ini.
6 insan comel komen
mcm2 cara nak dptkan duit..
ReplyDeletekdg2 kesian dengan budak2 yg jadi mangsa sindiket ni..dulu mase g jb,around 3am pg kedai makan sebab mase tu baru sampai umah makcik sebab pakcik meninggal..kuar g makan jap..tbe2..lom abes mkn pengemis terus amek makanan kiteorg terus letak dalam bekas kole die..tergamam kiteorg sume..nak cakap pun xgune sebab dah di amek dengan tak semena2..lepas tu berlalulah pengemis tu..tbe2 jatuh pulak die..bekas makanan pun jatuh sekali..pastu die kutip makanan tu..kiteorg pulak......diam je tak terkata....wordless....err..terpanjang komen pulak :p
ReplyDeletepengemis masih bnyak kt kelantan,mgkin dtg dari thai
ReplyDeleteMinta share ye
ReplyDeletekalo jmpe ngan bdak2 ni rase mcm xsmpai ati plak nk tolak,wlopn kte tau yg meke mmg xbtol stering.. XD
ReplyDeletekesian kan..tapi dorang ada sindiket yg bawak masuk meka ni..tu yg tak sedap betol!knpe la budak2 ni jd mangsa...hish2..
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!