Kisah Doa Dua Beradik

Assalamualaikum.. Mari kita baca kisah tauladan ni. untuk bagi pedoman,panduan,pengertian dan keinsafan dalam diri kita. InsyaAllah...


Assalamualaikum..


Mari kita baca kisah tauladan ni. untuk bagi pedoman,panduan,pengertian dan keinsafan dalam diri kita. InsyaAllah ^^


KISAH DOA DUA BERADIK

Dikisahkan terdapat dua orang adik beradik lelaki. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba Allah yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.


Si abang agak pandai dan lebih berketerampilan dari adiknya. Saban hari dia berdoa agar Allah mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada Allah agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada Allah agar dirinya juga kaya raya dan nampak hebat di mata orang.


Si adik pula, tidak begitu pandai. Dia amat lambat dalam banyak hal. Untuk berdoa pun dia menyalin terlebih dahulu di kertas dan doa itulah yang dibaca setiap kali menunaikan sembahyang.


Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan si abang. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya membina kehidupannya sendiri.


Si abang akhirnya kaya raya, malah bertambah kaya apabila dia memasuki bidang bisnes. Dia sudah mula alpa dengan Allah, melewat-lewatkan solat, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada Allah. Kalau masuk dalam bab perniagaan dan kekayaan dunia, maka bersungguh-sungguh dia memohon doa ke hadrat Allah. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia sungguh istimewa.


Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan akademik yang tidak begitu baik, dia hanya mendapat kerja sederhana, dan terus menetap dan menjaga rumah pusaka. Si adik, walau bagaimana pun dia masih rajin beribadat dan kerap berdoa. Dia masih juga melihat kertas bila berdoa.


Si abang tahu, adiknya rajin berdoa. Tapi si abang memerhatikan hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas di satu hari, ketika si abang menziarahi adiknya, si abang berkata dengan sombong:


“Aku tengok hidup kau ni tidak pernah berubah. Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, semua doa aku Allah makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas mana nak khusyuk. Tak cukup hebat” tutur abang dengan sedikit lagak.

Adik tersenyum sahaja. Dia suka abangnya menegur kerana padanya teguran abang amat bermakna.


Si adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan beradoa melihat kertas saban hari dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.


Satu hari, adik meninggal dunia. Ketika abang mengemas rumah pusaka, dia terjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.


Setelah membuka dan menatap isi kandungan kertas itu, air mata si abang gugur satu persatu. Dia merasa begitu hiba bila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: 

“ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abangku”


Ya Allah…

Si abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada Allah dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan Allah SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada Allah malahan tidak meminta apa-apa pun untuk dirinya. Dia hanya memohon agar segala doa abangnya dimakbulkan. Sedangkan dia sebagai abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan si adik.


Si abang mula menyedari, rupanya bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh Allah, lantas segala doanya menjadi makbul .

Sesungguhnya doa org yg mendoakan kita lebih mustajab. Selamat Beramal ^_^




You Might Also Like

6 insan comel komen

  1. begitulah sebaeknyer..insyaAllah

    ReplyDelete
  2. terbaik lah jijah.afzal doakan jijah bahagia disamping yg tersayang, family dan kwn2.mudah2an Allah permudahkan segala urusan jijah, jauh dari hasad dengki dan iri hati orang pada jijah sekeluarga, semoga dimurahkan rezeki sehingga anak cucu insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. nice sharing jijah.. like en3 ni ribu2 lemon ^^

    ReplyDelete
  4. Mohon share.. :) Tq

    ReplyDelete
  5. fatin : silakan...sharing is loving :) selamat beramal ^^

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!