Berlumuran Darah Remaja Sorok Bayi Dalam Plastik

Kemusykilan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang didapati berlumuran darah terjawab apabila remaja berkenaan rupa-rupanya telah mel...



Kemusykilan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang didapati berlumuran darah terjawab apabila remaja berkenaan rupa-rupanya telah melahirkan anak sebelum membungkus mayat bayinya itu di dalam plastik di Kampung Sungai Rasau, Sepang kelmarin.

Perkara itu terbongkar selepas bapa gadis berusia 14 tahun tersebut membawa remaja itu ke Hospital Putrajaya untuk dirawat sehari sebelum penemuan tersebut.

Difahamkan, gadis tersebut telah empat kali mengalami keguguran sebelum ini.

Sumber memberitahu, sebaik dirawat, doktor mengesahkan yang suspek telah melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan masih terdapat uri di dalam rahimnya.

Katanya, salah seorang ahli keluarga suspek kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.

“Polis yang pergi ke rumah gadis tersebut pada pukul 6 petang semalam (kelmarin) telah menemui mayat bayi lelaki yang disorok di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.

“Mayat bayi itu dibungkus dalam beg plastik kuning. Siasatan awal mendapati bayi itu telah mati sebaik dilahirkan,” katanya

Tambahnya, remaja tersebut tinggal di rumah itu bersama ibu bapanya yang merupakan peniaga kedai runcit.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya percaya suspek melahirkan bayi itu kurang 24 jam sebelum mayat bayi malang itu ditemui. Keadaan suspek dilaporkan stabil di hospital tersebut.

You Might Also Like

18 insan comel komen

  1. baru form 2..

    xtaula nak kata apa dunia skg ni..

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullah..mcm2 remaja zmn skrg, mohon dijauhi dari malapetaka spt itu..
    pls come to my blog---lyanaza.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sdihnye... sgt sdih.. kalo xnk baby tue, baik bg sy la.. T_T

    ReplyDelete
  4. dah 4 kali gugur???
    xserik lagi???

    ReplyDelete
  5. Ya allah lagi kes macam nihh :'(

    ReplyDelete
  6. 4 kali keguguran, umur baru 14 thn.. semoga remaja ni berubah ke jalan yg lebih baik lps ni..

    ReplyDelete
  7. Mesti senang je kan die beranak sebab tu main buang je. Huhuhu~

    ReplyDelete
  8. Kesiannye bayi yg tak berdosa menjadi mangsa..Tak tau apa nak jadi skrg ni..hari2 baca paper..mesti ada kes sebegini..minta2 perkara sebegini dijauhkan dari kluarga mahupun anak2..

    ReplyDelete
  9. @azam dulu gugur. tapi tak beranak. huhuhu budak macam ni rosak2..memang banyak kali buat ni! astaga!

    ReplyDelete
  10. @Zana Adieyza tu la..sejak umor berapa la tu die mula hubungan seks..Nauzubilah

    ReplyDelete
  11. @Cik Yana biasa kalau anak luar nikah memang senang nak beranak. kita yg nikah sah ni yg susah. mgkin Allah nak uji dorang samaada bertaubat ke tak. huhuhu

    ReplyDelete
  12. senang2 je die pregnant. tu la tak insaf2. sbb dh banyak kali kan. nampak sgt mmg setan tu dh bersarang kat kepala die tu.

    ReplyDelete
  13. baru 14 tahun tp dh gugur smpai 4x??????

    ape la nk jadi skrg ni.makin sedih dgn budak zaman skrg.haih...

    ReplyDelete
  14. ish..ape nak jadi lah budak zaman sekarang ni..terlampau sosial sangat kot..makin menjadi jadi pulak kan kes macam ni..kesian baby yang tak berdosa tu..tak sempat tengok dunia lagi..ishh sedih kot!

    kecik kecik dah jadi pembunuh..-_-'

    ReplyDelete
  15. @Azhafizah[フィザ] kecik2 dah jadi pembunuh. kalau besar Nauzubilah lah..baik sumbat kat rumah pengasih jer..kasi tobat..hehe

    ReplyDelete
  16. apela nk jd ngan bdk2 zaman skarg..

    ReplyDelete
  17. @cTri3 budak2 zaman sekarang perangai pelik. org pandang buruk die pandang semua cantik.. hehe lagu minah tudung ^^

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!